Terkini

20/trending/recent

X-PLORASI

Masukkan carian anda di sini !

Syeikh Ismail Ali - Mudir Ketiga Maktab Mahmud


[IKLAN] CARA MUDAH BUAT DENGAN SHOPEE Nak buat duit dengan shopee tanpa ada produk sendiri? sertai SHOPEE AFFILIATE PROGRAM sekarang. Anda mampu menjana pendapatan dengan hanya kongsikan link produk sahaja. Daftar sekarang KLIK DI SINI

Syeikh Haji Ismail Bin Ali


Syeikh Haji Ismail Bin Ali dilahirkan di Parit Buntar, Perak Darul Ridzwan. 

Beliau menerima pendidikan awal rendah di Parit Buntar sehingga menamatkan pengajian peringkat rendah dan seterusnya melanjutkan pengajian di bidang Agama dan Arab di Madrasah al-Masyhoor, Pulau Pinang sebelum berlepas ke Mesir.

Di Mesir, Syeikh Ismail Ali menyambung pengajiannya di Madrasah Fuad al-Awwal al-Ibtidaiyyah dan Madrasah an-Nile at-Thanawiyyah sebelum memasuki pengajian di peringkat tertinggi di Universiti al-Azhar sehingga memperolehi Syahadah al-Alamiyyah dan Syahadah al-Ahliyyah.

Almarhum Syeikh Ismail Ali adalah Mudir Maktab Mahmud Alor Setar yang ketiga bermula dari tahun 1954 hingga 1958 selepas Syeikh Abdul Halim Bin Othman selaku Mudir Ke-2 (1938-1954) yang berpindah ke jawatan Pendaftar Sekolah-sekolah Agama Negeri Kedah.


Sumber - Ustaz Badrul Hisham Abd Rahman, Tengku Yusuff

Ikuti kami di TELEGRAM :
KONGSIKAN:


Ads Bottom