Terkini

20/trending/recent

X-PLORASI

Masukkan carian anda di sini !


Padan muka! Israel tersilap bunuh tebusan sendiri


IKLAN

Tiga tebusan Israel dalam tahanan Hamas (dari kiri) Alon Lulu Shamriz, Samer Fouad Al-Talalka dan Yotam Haim yang terbunuh apabila tentera Israel tersilap tembak ketika pertempuran di Gaza. 
- Foto REUTERS

GAZA: Tentera Israel sedang menyiasat kes berhubung anggotanya yang tersilap membunuh tiga tebusan ketika masih dalam tahanan pejuang Hamas di Gaza.

Menurut jurucakapnya, tiga tebusan warga israel itu terbunuh ketika pertempuran Pasukan Pertahanan Israel (IDF) dengan Hamas di Gaza.

Beliau memberi jaminan siasatan akan dilakukan secara telus terhadap tragedi yang mengakibatkan kematian mereka, dua daripadanya dikenali sebagai Yotam Haim dan Samer Fouad Al-Talalka.

Sementara itu, seorang lagi belum dikenal pasti identitinya oleh IDF tetapi Forum Keluarga Tebusan dan Orang Hilang yang mewakili keluarga tebusan, menamakan mangsa ketiga sebagai Alon Lulu Shamriz.

"Semasa pertempuran sengit di Gaza, tentera menyangkakan tiga tebusan Israel sebagai ancaman kerana dilihat bersama pejuang Hamas.

"Akibatnya, tentera melepaskan tembakan ke arah mereka, menyebabkan ketiga-tiga tebusan berkenaan terbunuh," katanya.

Pada masa sama, tentera memaklumkan, Yotam dan Samer diculik pada 7 Oktober lalu di Kibbutz Kfar dan Kibbutz Nir Am. Kibbutz bermakna penempatan Israel.

Sementara itu, Forum Keluarga Tebusan dan Orang Hilang, yang mewakili keluarga tebusan warga Israel, dibanjiri dengan ucapan takziah.

Sejak beberapa hari lalu, rejim Israel terbabit dalam pertempuran sengit dengan pejuang Hamas, yang sering berperang dengan memakai pakaian awam kasual.

Israel merekodkan kekalahan paling teruk pada Rabu lalu apabila 10 tenteranya terbunuh dalam tempoh 24 jam.

Hamas mula melancarkan serangan di beberapa bandar di Israel pada 7 Oktober lalu, yang menurut tentera Israel, menyebabkan kira-kira 1,200 orang terkorban selain 240 individu lagi diculik sebagai tebusan.

Rujukan : Berita Harian




KONGSIKAN:




Ads Bottom