Terkini

20/trending/recent

X-PLORASI

Masukkan carian anda di sini !

Ireland tak pernah lupa jasa Daulah Uthmaniyah



Semasa Ireland dimamah kebuluran kira-kira 180 tahun dahulu, Daulah Uthmaniyah Turki telah sudi memberi bantuan melalui sumbangan kewangan sebanyak Sterling 1,000 (atau nilai kini, kira-kira USD 1,052,000 ) bersama tiga buah kapal yang sarat dengan bekalan makanan.

Republic of Ireland telah dilanda kebuluran dan epidemik penyakit di antara 1845 dan 1849. Malapetaka yang dikenali sebagai 'the Great Hunger' ini telah menyebabkan sekurang-kurangnya satu juta orang meninggal dunia akibat penyakit yang berkaitan dengan kebuluran.

Lebih daripada satu juta rakyat Ireland telah melarikan diri, terutamanya ke Amerika Syarikat, England , Kanada, dan Australia.

Kebuluran dan kemelaratan di Ireland

Pemerintah Islam Daulah Uthmaniyyah pada ketika itu, Sultan Abdul Majid menyatakan hasratnya untuk menghantar £ 10,000 sterling kepada para petani di Ireland tetapi Queen Victoria meminta agar Sultan menghantar hanya £ 1,000 sterling, kerana dia sendiri telah menghantar hanya £ 2,000 sterling.

Sultan memutuskan untuk menghantar £ 1,000 sterling sahaja tetapi dalam diam-diam, Baginda telah menghantar tiga kapal penuh dengan bekalan makanan . Pentadbiran British cuba menghalang kapal-kapal tersebut tetapi makanan itu tiba secara rahsia di pelabuhan Drogheda (di sebelah timur pantai Ireland).

Bukti sikap murah hati dari pemerintah Islam untuk sebuah negara Kristian ini adalah penting terutamanya di kala umat Islam kerap dituduh tidak adil kerana melanggar hak asasi manusia.

Ireland tidak pernah lupa jasa Uthmaniyah.
Kelab bolasepak division 1 Ireland mengabadikan benderanya berlogokan bulan dan bintang kerana menghargai sumbangan Uthmaniyah.


Ireland juga tidak pernah ketinggalan dan sentiasa peduli terhadap nasib rakyat Palestin sejak dahulu lagi.

Sumber : Dr Zainur Rashid Z



Ikuti kami di TELEGRAM:

https://t.me/X_PLORASI

KONGSIKAN:



Ads Bottom