Terkini

20/trending/recent

X-PLORASI

Masukkan carian anda di sini !

Tuan Guru Haji Yaakob Kampung Nipah


Pusara Tuan Guru Haji Yaakob di Perkuburan Islam Tok Haji Abdul Latiff, Kampung Nipah, Bachok Kelantan

Tuan Guru Haji Yaakob Bin Muhammad Salleh dilahirkan di Bachok, Kelantan. 

Mendapat pendidikan awal dari Tuan Guru Imam Haji Salleh Nipah iaitu imam di Surau Nipah yang sangat terkenal dalam ilmu al-Quran. Gurunya ini adalah murid kepada Tok Saruji dan Tok Mapan di Patani.

Selepas itu, Tuan Guru Haji Yaakob melanjutkan pelajarannya ke Mekah selama beberapa tahun sebelum pulang ke tanah air pada tahun 1916 bersama gurunya, Tok Seridik.

Setelah Tok Seridik membuka pondok di Kampung Nipah, Bachok pada tahun 1918, Tuan Guru Haji Yaakob terus berkhidmat membantu gurunya itu mengajar sekaligus menjadi murid kanan pada Tok Seridik.

Semasa gurunya, Tok Seridik dalam keadaan uzur, beliau telah ditugaskan mengajar di Pondok Kampung Nipah. Akhirnya pada tahun 1931, Tuan Guru Haji Yaakub membuka pondok pengajiannya sendiri di Kampung Nipah yang diberi nama Madrasah Yaakobiah.

Beliau telah dikahwinkan dengan anak perempuan kepada gurunya, Tuan Guru Imam Haji Salleh yang bernama Che Mah. Hasil perkahwinan ini, mereka dianugerahkan beberapa orang anak. Antaranya ialah Ustaz Zakaria Nipah dan Ustaz Muhammad.

Di antara anak muridnya ialah Tuan Guru Haji Muhammad @ Tok Imam Mad Bin Haji Muhammad Saman (anak Tok Seridik).

Beliau meninggal dunia pada 24 Disember 1958 dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Tok Haji Abdul Latiff, Kampung Nipah, Bachok.

Sumber - Ustaz Amnan Nasa, Buku Tokoh Ulama Semenanjung Melayu Jilid 1, Tengku Yusuff

Ikuti kami di TELEGRAM :
KONGSIKAN:




Ads Bottom