Terkini

20/trending/recent

X-PLORASI

Masukkan carian anda di sini !

Tok Jaya digelar wali gila kerana asyik berzikir




Nama sebenarnya ialah Syeikh Yahya Bin Abdul Rahman.

Beliau berguru dengan Syeikh Muhammad Said al-Linggi dan hidup sezaman dengan Syeikh Ahmad al-Linggi.

Tok Jaya digelar sebagai "Wali Gila" kerana taksubnya beliau berzikir serta kekaramahannya bila berkata sesuatu dan berupaya meramal perkara yang berlaku dimasa depan. Masa pendudukan Jepun di Malaya banyak cerita yang di ceritakan oleh penduduk sekitar Rembau, di mana tentera Jepun cukup hormat kepada beliau. Bila tentera Jepun terserempak dengan beliau mereka dengan segera memberi tabik hormat kepadanya, dari peristiwa yang lain pula Tok Jaya menyeberang jalan antara Gadong dan Rembau, lori tentera jepun dari arah Tampin telah melanggar beliau dan Tok Jaya telah terhumban keseberang jalan. Yang anehnya beliau tidak pun mengalami sebarang kecederaan, beliau telah bersembahyang sunat ditepi jalan berkenaan, dan sesampainya trak tentera Jepun berhampiran pekan Kota, trak berkenaan telah meletup dan semua tentera Jepun berkenaan telah terbunuh.

Pada ketika Syeikh Haji Ahmad tertinggal kitab dirumahnya untuk majlis ilmu di Masjid Mobok, lalu beliau meminta Tok jaya mengambilnya. Jarak antara rumah Tuan Guru dengan masjid agak jauh dan hanya beberapa ketika sahaja Tok Jaya telah kembali dengan kitab berkenaan di tangannya. Pada ketika itu jalan dari Semerbok ke Kendong belum wujud lagi dan beliau telah menyatakan suatu ketika nanti ada satu jalan menuju atau melalui lorong berkenaan dan ternyata ianya berlaku pada hari ini. Beliau hanya mengambil akar kayu menyukat dan menghalakan kearah jalan yang akan dibina nanti dan menerangkan pada budak-budak yang akan adanya jalan raya akan dibina disitu pada akan datang. Banyak lagi peristiwa yang berlaku dan ramalan kejadian akan datang yang diterangkan oleh Tok Jaya kepada generasi muda waktu itu yang kini sesetengahnya telah tiada. Tok Jaya suka kepada kanak-kanak dan sering dilihat beliau berbual dengan kanak-kanak.

Beliau meninggal dunia pada tahun 1956 dan dikebumikan di Kampung Semerbok, Kota. 

Syeikh Yahya Bin Abdul Rahman (Tok Jaya)




Ikuti kami di TELEGRAM :
KONGSIKAN:




Ads Bottom