Terkini

20/trending/recent

X-PLORASI

Masukkan carian anda di sini !

Sheikh Raed Salah : Waqafkan hidupnya demi membebaskan Masjid al Aqsa


[IKLAN] CARA MUDAH BUAT DENGAN SHOPEE Nak buat duit dengan shopee tanpa ada produk sendiri? sertai SHOPEE AFFILIATE PROGRAM sekarang. Anda mampu menjana pendapatan dengan hanya kongsikan link produk sahaja. Daftar sekarang KLIK DI SINI


Sheikh Raed Salah merupakan Ketua Gerakan Islam di Palestin. Beliau dilahirkan pada 1958 di Umm al-Fahm, di utara Palestin yang kini dirampas oleh pendatang haram Yahudi.

Sheikh Salah pernah menjadi Datuk Bandar Umm al-Fahm tetapi melepaskannya untuk fokus kepada perjuangan pembebasan al Aqsa.

Beliau cukup dikenali kerana ketegasannya mempertahankan Masjid al Aqsa sehingga penjara Israel menjadi rumahnya yang kedua.

Penahanan berkali-kali ini hanya menambahkan keazamannya dan sokongan umat kepada beliau.

Dalam khutbahnya, beliau sentiasa memuji pelindung al-Aqsa dan sering menganjurkan program perjalanan bas dari utama Palestin untuk ke al Aqsa, Baitul Maqdis untuk menguatkan ikatan antara umat Islam seluruh dunia dan kawasan suci itu.

Pada 2021, Syeikh Salah dianugerahkan hadiah Al-Murabit oleh Kesatuan Ulama Muslim SeDunia.






Ikuti kami di TELEGRAM :
KONGSIKAN:


Ads Bottom