Terkini

20/trending/recent

X-PLORASI

Masukkan carian anda di sini !

Propaganda jahat Israel disebalik tragedi Hospital as-Shifa



Kementerian kesihatan Gaza menolak dakwaan Israel bahawa ia telah menemui terowong Hamas di Hospital Al-Shifa dan menyifatkan ia sebagai 'pembohongan tulen'.

Pengarah kementerian tersebut, Mounir el-Boursh dalam kenyataannya berkata, Israel sebaliknya teIah meneruskan serangan udaranya ke atas Gaza, menyasarkan beberapa kawasan di enklaf itu menyebabkan angka penduduk awam terkorban kini melebihi 13,000 sejak pengeboman bermula pada 7 Oktober lalu.

"Tentera Israel sudah berada lapan hari di Hospital Al-Shifa dan mereka belum menemui apa- apa," 

Angkatan Pertahanan Israel (IDF) pada Ahad menyiarkan rakaman video memaparkan terowong didakwa digali oleh pejuang Hamas di bawah Hospital Al-Shifa.

Dalam kemas kini mengenai operasi di pusat perubatan terbesar di utara Gaza itu, tentera Israel berkata, juruteranya menemukan terowong sedalam 10 meter (m) dan sepanjang 55m ke pintu kalis letupan..

IDF sebelum itu turut menyiarkan rakaman video propaganda penemuan terowong kononnya berada di bawah Hospital Al-Shifa.

Petikan video propaganda Israel kononnya menjumpai terowong Hamas di hospital


Namun, video berkenaan sebenarnya adalah rakaman terowong zaman perang di Sweden yang dirakam dan dimuat naik dalam akaun YouTube Uehunters pada 11 Oktober 2022.

Lebih memalukan apabila Jurucakap Perdana Menteri Israel, Ofir Gendelman pada awal bulan Novembe 2023 berkongsi video 'mesti tonton' yang di- dakwanya sebagai rakaman dalam terowong Hamas.

Dalam video dikongsi Gendelmen, seekor anjing IDF kononnya mengejar pejuang Hamas yang menjerit ketakutan dengan tajuk Anjing mengejar Hamas sehingga kemenangan.

Bagaimanapun, Yoav Zitun, kores- ponden tentera untuk Ynet, saluran berita utama Israel mengesahkan ia adalah video lama dan bukan dari Gaza.

Menurut Zitun, video dikongsi Gendelman adalah video latihan Operation Protective Edge.

la adalah nama yang diberikan Israel kepada serangannya ke atas Gaza pada 2014. 



Ikuti kami di TELEGRAM:

https://t.me/X_PLORASI

KONGSIKAN:



Ads Bottom