Masjidil Haram dalam bahasa maksudnya masjid yang mempunyai tanah haram. Kenapa dinamakan tanah haram, para ulama mengatakan kerana di dalam tanah itu berlaku pelbagai ketentuan yang mengharamkan kita melakukan pelbagai perkara, seperti memburu, mengangkat senjata, mematahkan tumbuhan dan seterusnya, termasuk juga haram untuk dimasuki oleh orang kafir.
Mengapa tempat tersebut dipanggil tanah haram:
1. Haram Dimasuki Orang Kafir
Dasar larangan bagi orang non muslim untuk memasuki wilayah al-haram di Mekah Al-Mukarramah adalah sebuah firman Allah SWT di dalam surat At-Taubah.
"Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya orang-orang yang musyrik itu najis, maka janganlah mereka mendekati Masjidilharam sesudah tahun ini," (Surah At-Taubah: 28)
Kenajisan orang musyrik ini memang bukan najis 'aini, sehingga jasad orang musyrik pada dasarnya tetap suci, bahkan bekas minum mereka pun tidak najis. Namun kenajisan mereka adalah najis secara maknawi.
2. Tiada Larangan Waktu Solat
Dibenarkan untuk melakukan solat pada waktu bila-bila pun, bahkan termasuk pada waktu-waktu yang sebenarnya haram untuk melakukan solat. Seperti pada saat matahari terbit, terbenam atau tegak di atas kepala. Nabi Muhammad SAW telah bersabda:
Daripada Jubair bin Muth'im RA bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Wahai Bani Abdi Manaf, janganlah kalian melarang seorang pun yang akan thawaf (mengelilingi tujuh kali) sekitar Ka'bah, dan seorang yang akan menunaikan solat pada waktu malam atau siang"
(Hadith Riwayat Abu Daud dan Nasa'i, dan Tirmidzi dan Ibnu Majah dan di shahihkan al-Albani).
3. Haram Membawa Senjata
Di tanah Haram Mekah, haram hukumnya membawa senjata. Sebagaimana sabda Rasulullah SAW:
Dari Jabir bin Abdillah RA, dia berkata: "Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Tidak dibenarkan bagi kalian membawa senjata di Makkah,"
(Hadith Riwayat Muslim).
4. Haram Menumpahkan Darah (Pembunuhan) dan Mematahkan Tumbuhan
"... .maka Sejak itu (negeri Mekah) haram dengan keharaman Allah SWT hingga hari kiamat, duri-durinya tidak boleh dipatahkan, binatang buruannya tidak boleh diusir (diganggu), barang yang jatuh di Makkah tidak boleh diambil, kecuali untuk mencari (pemiliknya), tumbuh-tumbuhannya tidak boleh ditebang ... .., "
(Hasith Riwayat Bukhari dan Muslim)
Ikuti kami di TELEGRAM:
KONGSIKAN: