Terkini

20/trending/recent

X-PLORASI

Masukkan carian anda di sini !

Jelas, ini adalah pembersihan etnik bukan sekadar perang




Izinkan saya berterus terang untuk menegur sesetengah pemimpin politik dan pemimpin NGO yang berpendirian bahawa konfliks yang berlaku di Palestin hanya isu kemanusiaan semata-mata.

Soalan saya :

1- Bagaimana mungkin 50 orang Rabbi Yahudi di Tel Aviv bersetuju untuk menandatangani serangan ketenteraan ke atas hospital di Gaza ?

2- Bagaimana mungkin 1,000 orang doktor pengamal perubatan di Tel Aviv bersetuju dan menandatangani seruan regim zionis untuk mengebom Hospital di Gaza?

3- Bagaimana mungkin Netanyahu dari Likud dan semua parti kerajaan campuran Israel bersetuju untuk menyegerakan pembinaan the Jewish Temple di atas runtuhan Masjid al Aqsa di Baitul Maqdis?

Tidakkah beberapa contoh ini menunjukkan bahawa peperangan yang berlaku ini bertujuan untuk pembersihan etnik (Israel is only for the Jewish people) dan peng'Yahudi'an Baitul Maqdis (Judaisation of Jerusalem) yang berkait rapat dengan isu aqidah kepada umat Islam sejagat?

Sumber : Dr Zainur Rashid 



Ikuti kami di TELEGRAM:

https://t.me/X_PLORASI

KONGSIKAN:



Ads Bottom