Terkini

20/trending/recent

X-PLORASI

Masukkan carian anda di sini !

 #FREE_PALESTINE

Jangan pernah lupa jenayah Aryeh Zelmanovich


Bagi mereka yang berduka atas kematian pendatang Israel yang didakwa seorang tua dan miskin ketikw menjadi tawanan Briged al-Qassam. Mari kita lihat siapakah beliau?

Tahanan Aryeh Zelmanovich

meninggal dunia akibat serangan anxiety akibat serangan bom Israel sendiri. Penukaran beliau dengan tahanan Palestin diabaikan oleh Israel sehinggalah maut menjemput beliau. Siapa sebenarnya Aryeh Zelmanovich?. Beliau merupakan salah seorang pengasas penempatan haram Nahal Oz pada tahun 1951.

Begitu banyak darah rakyat Palestin yang tidak berdosa telah ditumpahkan Zalmanovich dan rakan-rakanya bagi membina penempatan baru pendatang Israel. Tanah-tanah rakyat Palestin telah dirampas dengan segala bentuk keganasan.

Lebih 70 tahun yang lalu mungkin beliau boleh membuat sesuka hati, tetapi tidak untuk hari ini. Kini, cucu cicit generasi awal Palestin tersebut telah bangkit bagi terus memperjuangkan kemerdekaan Palestin

Beliau telah membunuh rakyat Palestin demi agenda Israel.Akhirnya beliau mati terbunuh akibat serangan Israel sendiri selepas 70 tahun merampas hak rakyat Palestin.



KONGSIKAN:



  • Keputusan ICJ : Israel kini dalam kandang penjenayah perang

    Perdana Menteri Palestin, Mohammad Shtayyeh, berkata keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) malam tadi "mengesahkan berakhirnya era Israel bebas daripada hukuman."Beliau berkata demikian dalam kenyataan yang diterima Agensi Anadolu sebagai mengulas keputusan ICJ, yang mengarahkan Israel mengambil langkah-langkah untuk mencegah tindakan pemb... Baca Selanjutnya

  • Misteri asal usul Kota Pontianak, Kalimantan Barat

    Terletak di Kalimantan Barat, Indonesia, kota Pontianak kini telah berusia hampir 250 tahun.Dikenali juga sebagai Kota Khatulistiwa kerana terletak di atas garisan Khatulistiwa, Pontianak telah dibuka oleh Syarif Abdurrahman Alkadrie sekitar tahun 1771.Beliau kemudian menjadi sultan pertama di Pontianak. Kota tersebut mempunyai sejarahnya tersendir... Baca Selanjutnya

  • Haji Muhammad Daud : Ulama dan pejuang kemerdekaan

    Nama penuhnya ialah Tuan Guru Haji Muhammad Daud Bin Abdul Jamil dan beliau dilahirkan sekitar tahun 1910an. Ayahnya, Abdul Majid Bin Hamwal berasal dari keturunan Mandailing manakala ibunya orang Perak. Ayahnya telah meninggal dunia sekitar tahun 1940. Tuan Guru Haji Muhammad Daud juga berasal dari keturunan Orang Kaya-kaya Temenggong Perak (Orang... Baca Selanjutnya

  • Mat Kilau dikhianati bangsanya sendiri

    Satu penemuan yang sangat mengejutkan mengikut catatan buku ini. Pasukan British yang mengejar Mat Kilau dan Tok Gajah sebenarnya ramai terdiri dikalangan orang Melayu kita sendiri. Sedangkan di dalam filem digambarkan sebaliknya. Bukanlah hendak mempersoalkan apa yang telah digarapkan di dalam filem. Memang benar di dalam filem terdapat sisi segel... Baca Selanjutnya

  • Mengenang 150 tahun perjanjian Pangkor

    20 Januari 1874, 150 tahun yang lalu, termeterainya Perjanjian Pangkor yang menjadi pembuka jalan kepada penjajahan British di semenanjung Tanah Melayu.Sejak sekian lama, Perak dikenali sebagai ‘lubuk’ terbesar bijih timah di Nusantara. Namun di kurun ke-19, perniagaan bijih timahnya terjejas dek pertelingkahan kumpulan kongsi Cina, Ghee Hin dan Ha... Baca Selanjutnya

FOLLOW KAMI SEKARANG DI TIK TOK

SUBSCRIBE : X-PLORASI TELEGRAM

Ads Bottom