Terkini

20/trending/recent

X-PLORASI

Masukkan carian anda di sini !

Tuan Guru Qadhi Haji Abdul Kudus Bin Haji Ahmad


[IKLAN] CARA MUDAH BUAT DENGAN SHOPEE Nak buat duit dengan shopee tanpa ada produk sendiri? sertai SHOPEE AFFILIATE PROGRAM sekarang. Anda mampu menjana pendapatan dengan hanya kongsikan link produk sahaja. Daftar sekarang KLIK DI SINI


Tuan Guru Qadhi Haji Abdul Kudus Bin Haji Ahmad dilahirkan pada tahun 1909 di Kuala Kepis, Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Ibunya bernama Bahiyah.

Allahyarham telah berkahwin dengan Hajah Najibah Binti Haji Arsyad yang berasal dari Kampung Bukit Laka, Bahau dan pasangan ini dikurniakan 9 orang cahaya mata, iaitu :

1. Haji Zubir
2. Fauziah
3. Faridah
4. Jamaluddin
5. Abu Bakar
6. Abu Zarith
7. Faizah
8. Fahimah
9. Mohd Zaki

Tuan Guru Haji Abdul Kudus mendapat pendidikan rendah di Sekolah Rendah Kluang, Johor sehingga tamat darjah rendah. Di peringkat pengajian agama pula, setelah belajar dari beberapa orang guru di tanah air, Allahyarham dihantar menyambung pelajarannya ke Mekah al-Mukaramah dengan mendaftarkan diri sebagai pelajar di Madrasah Darul Ulum. Dalam waktu yang sama, beliau turut berulang alik belajar di Masjidil Haram. Dalam tempoh 9 tahun beliau di Mekah, Tuan Guru Haji Abdul Kudus telah menuntut ilmu daripada puluhan masyeikh dan ulama muktabar seperti Tuan Guru Syeikh Zubir Ahmad al-Filfilani dan sebagainya.

Setelah pulang dari Mekah beliau berkhidmat sebagai guru agama yang mengajar di masjid serta surau sekitar kawasan Jempol. Atas kealimannya, Allahyarham telah dilantik sebagai Qadhi kawasan Jempol selama beberapa tahun.

Oleh kerana jasanya yang cukup besar kepada masyarakat, pada tahun 2013, Allahyarham telah dianugerahkan sebagai Tokoh Ulama Silam oleh Kerajaan Negeri Sembilan dan pada 1441H bersamaan 2019, Allahyarham dianugerahkan sekali lagi Tokoh Ulama Silam sempena Sambutan Maal Hijrah, peringkat daerah Jempol.

Selain berjasa dari segi pendidikan agama, Allahyarham juga adalah pengasas kepada Masjid Jamek Pekan Bahau pada tahun 1979. Tapak masjid ini telah dikurniakan oleh Kerajaan Negeri dan ianya dibina bagi menggantikan Surau Balai Polis Bahau yang digunakan untuk mendirikan solat Jumaat.

Allahyarham disifatkan sebagai seorang yang sangat penyabar, agak pendiam, tidak pemarah namun tegas dan sangat mengutamakan disiplin pada anak-anaknya terutamanya dalam bab solat.

Beliau akhirnya meninggal dunia pada 6 April 1980 dalam usia 71 tahun. Jenazahnya disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Bukit Kelulut, Jempol.

Tuan Guru Qadhi Haji Abdul Kudus Bin Haji Ahmad, Jempol ( 1909 - 1980 )




Sumber -  Puan Faizah (anakanda Allahyarham) 11 November 2022, Tengku Yusuff

Ikuti kami di TELEGRAM :
KONGSIKAN:


Ads Bottom