Terkini

20/trending/recent

X-PLORASI

Masukkan carian anda di sini !

Tuan Guru Haji Salleh, Keladi, Kulim



Nama penuh beliau ialah Haji Mohd Salleh Bin Osman dan tokoh ini diperkirakan lahir sekitar tahun 1890an di Permatang Rawa, Bukit Mertajam, Seberang Perai, Pulau Pinang.

Beliau telah berkahwin dengan Puan Hajah Asma Binti Haji Ismail di Mekah dan hasil perkahwinan ini mereka dikurniakan dua orang cahaya mata, iaitu :

1. Sulaiman
2. Hamidah

Allahyarham mendapat pendidikan awal di Gunung Semanggol, Taiping, Perak. Kemungkinan besar berguru dengan Tuan Guru Haji Abdul Rahman Bin Mahmud yakni pengasas Pondok Gunung Semanggol. Pondok tersebut diasaskan pada tahun 1918. Tuan Guru Haji Abdul Rahman ini meninggal dunia pada 1959.

Setelah itu, Tuan Guru Haji Salleh melanjutkan pengajiannya ke Mekah al-Mukaramah. Antara sahabat akrabnya ialah Tuan Guru Haji Muhammad Noh Bin Muhammad, Kulim atau dikenali dengan nama Pak Noh.

Beliau juga berhubungan baik dengan guru-guru agama yang lain seperti Tuan Guru Haji Ahmad Bin Haji Salleh Pondok Padang Lalang dan Tuan Guru Haji Husin Kilang Lama.

Antara jasa bakti beliau terhadap agama dan masyarakat ialah dengan menjadi guru agama mengajar di sekolah-sekolah seperti di Sekolah Agama Tarbiah Diniah Kulim.

Selain daripada itu, beliau turut mengajar di masjid-masjid seperti di Masjid Kulim dan banyak lagi. Allahyarham juga merupakan antara tenaga pengajar di Ijtima' yang diadakan di Madrasah al-Ahmadiah al-Ijtimaiah, Bukit Mertajam (Pondok Padang Lalang).

Beliau meninggal dunia pada hari Selasa, 18 Disember 1979 dalam usia 80 tahun lebih.

Ramai yang datang solat jenazah beliau yang diadakan di Masjid Keladi, Kulim. Jenazahnya disemadikan di Perkuburan Masjid Keladi, Kulim, Kedah.



Tuan Guru Haji Salleh, Keladi, Kulim


Sumber- Puan Hamidah (anak Allahyarham) dan maklumat-maklumat tambahan dari beberapa sumber, Tenku Yusuff


Ikuti kami di TELEGRAM :
KONGSIKAN:




Ads Bottom