Terkini

20/trending/recent

X-PLORASI

Masukkan carian anda di sini !

Tuan Guru Haji Abdul Syakur, Pondok Kampung Surau, Chenak




Nama penuhnya ialah Tuan Guru Haji Abdul Syakur Bin Che Nik dan beliau dilahirkan sekitar tahun 1890an. Beliau merupakan anak cucu keturunan Syeikh Abdul Rashid Keramat Pulau Bidan. Beliau lebih mesra dengan panggilan Ayah Nor.

Allahyarham mendapat pendidikan agama di Pondok Chaok, Pattani dan berguru dengan wali Allah Tok Chaok selama beberapa tahun.

Beliau kemudiannya menyambung semula warisan pondok yang diasaskan oleh Syeikh Abdul Rashid Pulau Bidan 200 tahun dahulu. Pondoknya disebut dengan nama Pondok Kampung Surau, Chenak. Di antara anak muridnya ialah Tuan Guru Haji Soleh Bin Awang - Pondok Kampung Ban Na, Chenak.

Ketika hayatnya, beliau di antara ulama yang menjadi tokoh besar dan tumpuan masyarakat disamping beberapa tokoh lain, iaitu :

1. Tuan Guru Haji Abdul Syakur
2. Tok Keramat Cha Wan Nik
3. Tuan Guru Haji Man Tendong

Allahyarham telah berkahwin dengan Wan Sarifah Binti Haji Awanaj, hasil perkahwinannya beliau dikurniakan 4 orang anak, iaitu :

1. Haji Ahmad Nawawi
2. Syarifah
3. Tuan Guru Haji Ismail
4. Tuan Guru Baba Haji Abdullah

Beliau diperkira meninggal dunia pada sekitar 1940an dan dimakamkan di Kampung Surau, Chenak. Selepas kewafatannya, pondoknya menjadi "mati" selama lebih kurang 20 tahun sehinggalah anaknya, Tuan Guru Baba Abdullah pulang dari Pondok Dala lalu menghidupkan kembali suasana pengajian pondok di Kampung Surau dengan mendirikan sebuah pondok baru yang diberi nama Pondok Tasdiqiah.

Tuan Guru Haji Abdul Syakur, Pondok Kampung Surau, Chenak

Sumber : Ustaz Nasrumillah (cucu Allahyarham) 17 September 2022, Tengku Yusuff


Ikuti kami di TELEGRAM :
KONGSIKAN:




Ads Bottom