Terkini

20/trending/recent

X-PLORASI

Masukkan carian anda di sini !

Tuan Guru Dato' Haji Mustaffa Bin Haji Ahmad


Tuan Guru Dato' Haji Mustaffa Bin Haji Ahmad ( 1922 - 1993 )

Beliau dilahirkan di Kampung Padang Balang Jempol, Negeri Sembilan pada tahunb1922 dan merupakah salah seorang ulama dari keturunan Menuang Karim yang amat disegani dan dihormati.

Bapanya Tuan Haji Ahmad Bin Menuang Karim meninggal di Mekah pada tahun 1952 dalam usia 79 tahun manakala ibunya Sa'ilam Binti Imam Johan meninggal di kampung Padang Lalang Jempol pada 1923.

Tuan Guru Dato' Haji Mustaffa Haji Ahmad mendapat pendidikan di Sekolah Melayu Terusan pada 1929 sehingga 1934. Beliau seterusnya belajar di pondok Tuan Guru Haji Muhamad di Jempol pada tahun 1935 sehingga 1936 dan setelah itu melanjutkan pengajian agamanya di Darul Ullum Mekah pada tahun 1937 sehingga 1944.

Beliau berkelulusan Syahadat Nahiyah Minnal Qasmi Al'Ala iaitu sijil tertinggi dari Darul Ullum Mekah sambil mengaji sambilan di dalam Masjidil Haram dan di tempat tempat kumpulan tertentu di Mekah pada tahun 1937 sehingga 1946.

Diantara guru gurunya ialah :

1. Tuan Guru Haji Ahmad Bilal - Padang Lalang Jempol
2. Tuan Guru Lebai Abdul Kahar - Padang Lalang Jempol
3. Tuan Guru Lebai Hashim Abdul Rahman - Padang Lebar Jempol
4. Tuan Guru Haji Muhammad - Jempol
5. Syeikh Abdul Karim Mandili - Mekah
6. Tuan Guru Haji Ismail Fathani - Mekah
7. Syeikh Syed Amin Qutbi
8. Syeikh Syed 'Alwi 'Abbas Maliki
9. Syeikh Syed Hussin Abdul Ghani Pelembang
10. Syeikh Syed Ahid Idris Bogor
11. Syeikh Syed Muhammad Ali Maliki
12. Syeikh Syed Abdul Qadir Mandili
13. Tuan Guru Haji Abdullah Haji Sijang - Bekas Qadhi Port Dickson

Setelah selesai menuntut ilmu, beliau berkhidmat sebagai guru di beberapa institusi pendidikan . Diantaranya ialah : 

1. Sekolah Rendah Khairiat Arfiah Mekah pada tahun 1945
2. Madrasah Majidiah Batu Kikir Negeri Sembilan pada tahun 1947 - 1948 
3. Sekolah Arab Persekutuan Melayu Kluang Johor pada tahun 1949 - 1952
4. Sekolah Melayu Jempol dan Batu Kikir Negeri Sembilan pada tahun 1952
5. Sekolah Agama Menengah Tinggi Negeri Sembilan pada tahun 1962 - 1965 

Beliau juga adalah salah seorang jemaah hakim musabaqah al-Quran dan juga hakim musabaqah tahfiz al-Quran. Beliau pernah menganggotai jawatankuasa menyusun undang undang pentadbiran hukum syarak Negeri Sembilan.

Tuan Guru Dato' Haji Mustaffa Bin Haji Ahmad menghembuskan nafasnya yang terakhir pada tahun 1993 sewaktu berusia 71 tahun di rumah kediamannya di Taman Dato' Wan, Seremban. Jenazahnya telah disemadikan di tanah perkuburan Batu Kikir.








Sumber - menuangkarim.blogspot.com - halaman anak cucu keturunan Menuang Karim, Tengku Yusuff

Ikuti kami di TELEGRAM :
KONGSIKAN:




Ads Bottom