Terkini

20/trending/recent

X-PLORASI

Masukkan carian anda di sini !

Serangan subuh berdarah di Kuala Selangor


[IKLAN] CARA MUDAH BUAT DENGAN SHOPEE Nak buat duit dengan shopee tanpa ada produk sendiri? sertai SHOPEE AFFILIATE PROGRAM sekarang. Anda mampu menjana pendapatan dengan hanya kongsikan link produk sahaja. Daftar sekarang KLIK DI SINI

Pada 14 Julai tahun 1871, pihak tentera Inggeris telah mengempur kedudukan pahlawan-pahlwan Melayu yang merupakan pengikut Raja Mahadi di Kuala Selangor. Penyerangan ke atas Kuala Selangor ini adalah ekoran dari peristiwa 14 Jun 1871 apabila sebuah tongkang Cina dari Pulau Pinang telah diserang oleh lanun-lanun Cina dan menyebabkan seramai 34 orang terbunuh. 

Tongkang yang malang itu telah dibawa oleh lanun-lanun tersebut ke Kuala Selangor. Gabenor Negeri- negeri Selat telah menghantar satu rombongan dengan kapal H.M.S. Rinaldo dan Pluto ke Kuala Selangor untuk menuntut Raja Muda Musa yang berkuasa kawasan itu supaya menangkap lanun-lanun tersebut.


Kapal HMS Pluto

Pada 3 Julai 1871 rombongan ini sampai ke Kuala Selangor. Mereka telah menemui Raja Mahmud Ibni Sultan Muhammad. Satu pertengkaran telah berlaku apabila Raja Mahmud yang dipaksa naik ke Kapal Inggeris itu telah enggan berbuat demikian. Raja Mahmud merupakan sekutu Raja Mahadi dalam Perang Klang. Inggeris sememamgnya diketahui menyebelahi Tengku Kudin yang merupakan seteru Raja Mahadi menyebabkan pengikut Raja Mahadi enggan membantu Inggeris menangkap lanun-lanun tersebut dan pada ketika itu Raha Mahadi berkubu dipesisir Sungai Selangor.

Pertengkaran ini telah membawa kepada satu pergelutan di mana seorang ahli rombongan Inggeris telah terbunuh dan enam orang tercedera. Walau bagaimanapun rombongan itu telah dapat melarikan diri ke kapal-kapal mereka. Pada keesokan harinya, iaitu pada hari ini dalam tahun 1871 angkatan perang Inggeris telah menyerang dan membedil kubu-kubu dan pekan Kuala Selangor.

Serangan Inggeris ini bermula pada pukul 4.45 pagi apabila kapal perang Inggeris Rinaldo yang mudik di Sungai Selangor telah ditembak dengan meriam- meriam dari kubu-kubu di Kuala Selangor. Tembakan-tembakan ini telah dibalas oleh pihak Inggeris dari kapal Rinaldo dan berlakulah tembak menembak di antara kedua belah pihak di mana tiga orang askar Inggeris telah mengalami kecederaan.

Kapal Rinaldo, walau bagaimanapun terus mudik dan kira-kira pukul 6.30 pagi ia telah berlabuh di hadapan pekan Kuala Selangor dan terus membedil pekan tersebut. Kira-kira dua jam kemudian, Rinaldo pun hilir balik ke Kuala Sungai Selangor. Dua hari kemudiannya, pada 6hb. Julai kapal perang Rinaldo bersama-sama dengan kapal Pluto telah datang semula menyerang kedua-dua buah kota yang ada di Kuala Selangor dan membinasakan kubu serta lima buah perahu bermuat senjata-senjata yang ada di situ. Dari situ pula mereka belayar ke pekan Kuala Selangor dan terus membedil pekan itu. Selepas itu mereka naik ke pekan Kuala Selangor lalu membakar semua rumah-rumah yang ada di situ. Pada hari itu juga kapal Rinaldo meninggalkan Kuala Selangor dan berlayar ke Pulau Pinang. Kapal Pluto pula belayar balik ke Singapura.

Ikuti kami di TELEGRAM :
KONGSIKAN:


Ads Bottom