Terkini

20/trending/recent

X-PLORASI

Masukkan carian anda di sini !

Rusuhan Pulau Pinang 1967 dan aksi biadap kongsi gelap Cina


Sebelum berlakunya rusuhan kaum paling ganas di Malaysia pada 13 Mei 1969, bibit- bibit awal rusuhan berintipati kepada perkauman telah pun timbul di kawasan majoriti masyarakat Cina di Pulau Pinang pada tahun 1967.

Kaum Cina Pulau Pinang sebelum itu telah pun kerap melakukan Hartal (Protes besar- besaran) dengan paling signifikan membantah Perlembagaan Persekutuan Malaya pada tahun 1947 yang mengandungi Kontrak Sosial melibatkan hak keistimewaan orang Melayu di Tanah Melayu pada ketika sebagai timbal balik kepada kewarganegaraan yang diperolehi oleh orang bukan Melayu.

Tanggal 24 November 1967 satu rusuhan besar besaran terjadi yang berlanjutan sehingga dua bulan kemudian berakhir pada bulan Disember 1967. 

Ketua Menteri pertama Pulau Pinang, Tan Sri Wong Pow Nee mengakui rusuhan kaum di Pulau Pinang tersebut adalah bibit bibit awal yang menyemarakkan sentimen perkauman yang membawa kepada rususan besar besaran antara kaum Melayu dan Cina dua tahun kemudiannya.

Punca Rusuhan

Pada awal tahun 1960an, ekonomi Malaya sedang mengalami kejatuhan setelah pihak British menarik keluar pelaburan-pelaburan strategik disini. Ekonomi tenat dan perniagaan merosot teruk. Pendapatan perkapita negara merosot jatuh 12 peratus dengan gaji purata rakyat jatuh dibawah purata pendapatan kebangsaan. Konfrontasi dan boikot ekonomi dengan pihak Indonesia dibawah pimpinan Sukarno masa itu menambahkan lagi kesusahan pada negara. Selain persaingan sengit antara pelabuhan Malaya dengan Singapura pada masa itu. 

Hubungan antara kaum juga semakin merosot. Kaum Cina yang menguasai ekonomi, sebahagiannya didakwa melakukan diskriminasi dengan mengabaikan pengambilan pekerja Melayu. Para peniaga menderita akibat kejatuhan mata wang Ringgit Malaya pada masa itu. Kadar pengangguran semakin tinggi dengan ribuan rakyat tempatan hilang pekerjaan. Ketidakpuasan hati semakin menjadi jadi pada masa itu. 

Tindakan kerajaan Malaysia pada November 1967 untuk menurunkan nilai matawang Ringgit berbanding Pound Sterling British menambah parah kejatuhan ekonomi. Pada masa itu ada dua jenis nilai Ringgit, yang lama bersandarkan nilai Pound Sterling dan yang baru bersandarkan pada emas. Nilai ringgit yang baru sedang mengalami transisi ''phasing out'' nilai Ringgit yang lama bersandarkan Pound Sterling kepada Emas. Tetapi tidak berjalan lancar. 

Dengan penurunan nilai Ringgit berdasarkan Pound Sterling sebanyak 15 peratus secara mendadak, menyebabkan rakyat naik angin dan keliru terutama golongan bawahan. Petani, nelayan dan peniaga kecil yang paling terkesan kerana mereka ini tidak memiliki akaun bank. Mereka ini juga tinggal daif diluar bandar masih menyimpan stok-stok simpanan matawang Ringgit yang lama. Semestinya kejatuhan nilai Ringgit menyebabkan mereka semakin cemas dan marah. 

Peniaga-peniaga Cina dibawah pengerusi Parti Buruh Pulau Pinang, Lim Kean Siew melancarkan hartal atau protes tunjuk perasaan. Malangnya Kerajaan pusat mengambil ringan protes tersebut. 

Tentera dan Polis telah dikerah menenteramkan penunjuk perasaan tersebut. Malangnya terdapat segolongan cauvinis pro Komunis mengambil kesempatan menghasut para penunjuk perasaan terutama kaum Cina pada masa itu bertindak lebih radikal dan ganas. Kebanyakan pemilik kedai daripada kaum Cina menyahut seruan dan menutup kedai kedai mereka kepada awam. 

Tindakan boikot oleh peniaga Cina ini dilihat berjaya oleh para penganjur iaitu Parti Buruh Pulau Pinang. Mereka mendabik dada orang Cina berkuasa untuk membuka dan menutup seluruh bandar di Malaysia. Seperti terbukti di Pulau Pinang tersebut. Para politikus Cauvinis mula memasang angan-angan memasuki politik secara lebih tersusun dengan perancangan untuk menakluki Pilihanraya Umum 1969 kelak. 

Dua bulan keadaan tidak tenteram di Pulau Pinang. Kongsi-kongsi gelap Cina bermahajalela dengan membuat huru hara dan kekacauan khusnya kepada orang Melayu yang tidak terlibat dalam hartal tersebut. Ini yang memulakan bibit kebencian dan kemarahan orang-orang Melayu. Kegagalan pihak polis dan tentera mengawal situasi juga menambahkan kecelaruan antara kaum pada masa tersebut. Pihak kongsi gelap Cina jugak dilaporkan berani sehingga sanggup menghina pihak polis.

Dilaporkan sekumpulan kongsi gelap Cina malah sanggup bergaduh dengan penjual pisang goreng tepi jalan Melayu di jalan Datuk Keramat. Seorang pengawal keselamatan Bank Standard Chartered terbunuh. Bermula dari itulah berlaku pertembungan antara pemuda-pemuda Melayu dengan samseng-samseng kongsi gelap itu semua. Dilaporkan masa itu ramai yang cedera parah bertempur.


Dilaluan utama Jalan George Town, dari Lebuh Chulia hingga ke Jalan Penang, Jalan Prangin dan Lebuh Pantai berlaku aktiviti radikal terhadap kedai kedai milik orang Cina. Pintu kedai dipecahkan, tingkap dipecahkan dengan batu, yang juga dilakukan oleh penunjuk-penunjuk perasaan cauvinis Cina dibawah payung Parti Buruh. 

Banyak kedai-kedai dirosakkan sambil mereka melaung slogan Anti Penyelarasan Nilai Ringgit. (Anti-devaluation). Aktiviti laluan bas dihentikan sementara kerana pemuda-pemuda cauvinis Cina tersebut semakin agresif dengan merosakkan bas-bas disitu.

Pihak polis terpaksa menguatkuasakan perintah berkurung dan sekatan jalan raya bagi mengawal keadaan yang semakin memanas.

Sejumlah 8 orang maut dan 137 orang cedera. Pasukan bantuan Polis dan Tentera dikerahkan dari Kuala Lumpur untuk mengawal situasi. Dalam satu tindakan khas Operasi X yang dijalankan oleh Kementerian Dalam Negeri, Lim dan 23 orang kanan Parti Buruh dan kongsi gelap Cina ditahan dibawah Akta Keselamatan Dalam Negeri - ISA. Pejabatnya disita dan ditutup diikuti dengan 8 cawangan diseluruh Pulau Pinang. 

Banyak Senjata-senjata tajam dirampas dan beratus orang ditahan kebanyakkannya samseng dari kumpulan kongsi gelap.

Bermula sebagai protes penurunan Nilai Ringgit telah merebak menjadi pertempuran antara kaum paling teruk dalam sejarah dua tahun sebelum peristiwa 13 Mei 1969 terjadi. Kegiatan subversif Komunis Cina menjadi tunjang kepada pertumpahan darah tersebut. Ia kemudian digelar Sino-Malay Conflict. 

Jika tindakan pantas memantau aktiviti subversif dan cauvinis Parti Buruh lebih awal mungkin perkara ini tidak terjadi, kata Perdana Menteri pada masa tersebut Tunku Abdul Rahman.

Politik menghasut kearah permusuhan kaum sangat bahaya kepada negara. Apabila kedaulatan undang-undang dan pasak didalam perlembagaan tidak lagi dihormati ianya ibarat membakar obor menjahanamkan negara. Sejarah yang diceritakan bukannya mahu menoreh kembali parut yang pernah berdarah tetapi sebagai pengajaran kepada generasi baru betapa bahayanya politik adu domba menjadi juara perkauman untuk merebut kekuasaan.




Ikuti kami di TELEGRAM:

https://t.me/X_PLORASI

KONGSIKAN:



Ads Bottom