Terkini

20/trending/recent

X-PLORASI

Masukkan carian anda di sini !

Perjanjian Oslo : Teknik jijik Zionis melemahkan perjuangan bersenjata rakyat Palestin


Melalui perjanjian Gaza-Jericho (Oslo) pihak PLO mengiktiraf hak kewujudan Israel sebagai satu entiti yang sah, mengesahkan penjajahan dan pemilikan Israel sebanyak 77% dari bumi Palestin dan berjanji menghentikan penentangan bersenjata dan Intifadha terhadap Israel.

PLO juga berjanji akan menghapuskan apa jua ketetapan di dalam piagam kebangsaan mereka yang bersangkut paut dengan sebutan yang berhasrat membebaskan seluruh Palestin dan menghancurkan rejim Zionis. Malah, mereka juga akur untuk menyelesaikan sebarang masalah melalui jalan damai. Sebagai balasan, kerajaan pimpinan PLO mendapat pengiktirafan daripada Israel sebagai wakil rakyat Palestin yang sah. 

Mereka juga memperolehi pemerintahan autonomi terhad di wilayah-wilayah Gaza dan beberapa bahagian Tebing Barat, sehinggalah isu konflik utama yang lain diselesaikan dalam masa 5 tahun akan datang.

Perjanjian Oslo mendapat kritik yang kuat daripada rakyat Palestin, bangsa Arab dan Muslim, sebagaimana yang tertera berikutnya. Antara pemerhatian pemerhatian perjanjian Gaza Jericho (Oslo) ialah:

A. Isu Palestin merupakan isu Ummah. Tidak ada sesiapa pun yang boleh mengabaikannya. Justeru, majoriti Ulama'-ulama' terkemuka telah mengeluarkan fatwa yang menolak perjanjian Oslo dan menyeru kepada jihad sehingga bumi Palestin dibebaskan sepenuhnya.

B. Peminpin PLO telah memeterai perjanjian dengan pihak Yahudi tanpa mendapatkan persetujuan dari rakyat Palestin, samada golongan aliran Islam, kiri, nasionalis sehinggakan terdapat beberapa pimpinan Fatah sendiri yang menolak perjanjian Oslo tersebut.

C. Perjanjian ini menangguhkan isu-isu utama tanpa memberi apa-apa janji berkenaan masalah mereka yang utama iaitu:

  • Masa depan Al-Quds yang telah diisytiharkan sebagai kota abadi Yahudi.
  • Masa depan 6.3 juta pelarian Palestin (4.7 juta di luar Palestin dan 1.6 juta di dalam Palestin).
  • Masa depan 192 penempatan Yahudi di Tebing Barat termasuk 16 di Semenanjung Gaza.

D. Isu keselamatan luar dan sempadan tidak di dalam bidang kuasa Penguasa Palestin, manakala kemasukan senjata ke kawasan "pemerintahan autonomi" mereka disyaratkan agar mendapat kebenaran pemerintah Yahudi terlebih dahulu. Penguasa Palestin juga tidak dibenarkan merekrut tentera.

E. Pimpinan Zionis berhak menggunakan kuasa vetonya untuk tidak bersetuju dengan mana mana undang-undang atau peraturan yang digubal oleh Penguasa Palestin.

F. Perjanjian tersebut tidak memberi penekanan kepada hak rakyat Palestin dalam menentukan nasib mereka dan penubuhan negara Palestin yang merdeka. Perjanjian ini juga tidak merujuk kepada Tebing Barat dan Semenanjung Gaza sebagai tanah yang dijajah tetapi sebagai tanah yang didebatkan.

G. Dalam perjanjian tersebut, PLO bersetuju untuk menghentikan perjuangan bersenjata terhadap Zionis. Justeru itu, PLO terpaksa menghapuskan segala bentuk penentangan oleh rakyat Palestin. Demi memelihara perjanjiannya dengan pihak Zionis, Penguasa Palestin telah menjalankan kempen yang tidak munasabah seperti memenjarakan penentang-penentang usaha damai dengan Israel. Polisi ini berterusan sehingga kepada tercetusnya Intifadha Al-Aqsa pada 28 September 2000.






Ikuti kami di TELEGRAM:

https://t.me/X_PLORASI

KONGSIKAN:



Ads Bottom