Bolehlah dikatakan sepanjang tahun (1967-1970). merupakan era keemasan penentangan dan operasi komando Palestin. Namun, selepas tahun 1971, mereka ditegah dari menggunakan bumi Jordan sebagai pusat operasi perjuangan Palestin. Apabila pusat operasi dipindahkan ke Lubnan selepas itu, ianya mejadi begitu lemah disebabkan beberapa cubaan Yahudi menghapuskan pusat tersebut dan juga akibat dari perang saudara di Lubnan pada 1975 hingga 1990.
Turut memburukkan keadaan ialah tindakan agresif yang berterusan oleh pihak Yahudi ke atas Lubnan hingga meyebabkan penaklukan selatan Lubnan pada tahun 1978, seterusnya membentuk zon keselamatan Yahudi di sana. Tindakan Israel menawan Lubnan pada 1982 yang bertujuan untuk menghancurkan perjuangan Palestin hingga ke akar umbi, telah memaksa PLO berundur dari Lubnan. Ini bermakna regim Yahudi telah berjaya menutup menutup sekaligus kesemua sempadan-sempadan negara Arab dan Israel dari dimanfaatkan oleh perjuangan rakyat Palestin.
Secara umumnya, perjuangan rakyat Palestin juga menderita ditangan bangsa Arab sendiri, kerana sokongan mereka yang sebelum ini walaupun hanya untuk memperalatkan, mengawal, menjadi jurucakap atau mengepalai perjuangan Palestin, telah merosot dan bertambah lemah. Israel menjadi bertambah kuat ekoran dari kemenangan mereka dalam perang Oktober 1973 ke atas Mesir dan Syria. Pengiktirafan ke atas PLO sebagai wakil rasmi Palestin pada tahun 1974, telah menyebabkan perasaan tanggungjawab Arab terhadap isu Palestin semakin luntur. la bermula dengan tindakan Mesir menandatangani perjanjian Camp David menjelang September September 1978, seterusnya menyebabkan kuasa terkuat Arab ini terkeluar terus dari arus pertelagahan Palestin Israel. Faktor-faktor lain ialah, kesan perang Iran Iraq (1980-1988) dan kejatuhan harga minyak menyebabkan kemerosotan sokongan kewangan negara Teluk terhadap perjuangan Palestin.
Faktor seterusnya ialah serangan Iraq terhadap Kuwait pada 1990 dan perpecahan-perpecahan dikalangan bangsa Arab akibat perang Teluk telah mengurangkan dan memerosotkan sokongan terhadap Palestin. Tambahan lagi, kejatuhan Soviet Union dan Blok Timur semuanya telah melemahkan perjuangan Palestin dan mengagalkan usaha pemimpin PLO dalam mencapai perjanjian damai. Kesemua faktor ini telah memaksa pemimpinnya menghadkan aktiviti-aktiviti mereka dalam ruang yang dibenarkan mengikut perkiraan dan percaturan politik, terutamanya apabila pimpinan PLO sendiri sudah bersedia mengorbankan perkara-perkara asas perjuangan, asalkan mereka boleh terus memimpin dan mewakili rakyat Palestin.
Ketika PLO semakin lemah, aliran yang menyokong pendekatan damai dalam PLO semakin kuat, sehingga mereka membuat keputusan pada November 1988, untuk mengiktiraf ketetapan 181 PBB yang mencadangkan pembahagian Palestin di antara Arab dan Yahudi.
Mereka turut mengiktiraf ketetapan 242 PBB yang dikeluarkan pada 1967, dimana isu Palestin dianggap sebagai isu pelarian yang harus diselesaikan melalui jalan damai. Pada Oktober 1991, PLO serta sekutu-sekutu Arab telah menghadiri persidangan damai Madrid dengan Israel secara langsung.
Rombongan-rombongan rasmi persidangan masih belum memperolehi apa apa persetujuan dengan rejim Zionis walaupun dua tahun telah berlalu. Jalan keluar hanya diperolehi melalui rundingan-rundingan rahsia yang mula diadakan pada Disember 1992. Ini membuka jalan kepada perjanjian Oslo atau perjanjian 'Gaza Jericho', tetapi ia tidak disempurnakan di Bandar Oslo, Norway, sebaliknya ditandatangani secara rasmi oleh PLO dan pihak Zionist pada tanggal 13 Disember 1993 di Washington.
Ikuti kami di TELEGRAM:
KONGSIKAN: