Terkini

20/trending/recent

X-PLORASI

Masukkan carian anda di sini !

Menamatkan riwayat hidup di Hutan Aokigahara






Hutan Aokigahara yang terletak di Jepun merupakan hutan yang luar biasa. Sebut saja nama Aokigahara pasti ada yang tahu sejarah hutan ini yang menyeramkan dan pastinya membuatkan sesiapa sahaja yang masuk dalam hutan ini rasa meremang. 

Berkeluasan 30 kilometer persegi dan terletak di kaki Gunung Fuji yang juga sebuah gunung berapi di Jepun. Hutan ini dikenali dengan sejarahnya yang tersendiri, iaitu sebagai tempat untuk membunuh diri. Setiap tahun, pasti banyak manusia yang masuk ke hutan ini dengan satu tujuan, iaitu bunuh diri. Dari tahun ke tahun angka kematian akibat bunuh diri semakin meningkat.

Pada tahun 2003, sebanyak 105 mayat telah dijumpai, ada yang tergantung pada pokok, ada yang rebah di lantai hutan ada yang hanya tinggal daging busuk. Mengantung diri pada pokok merupakan keadah yang paling banyak ditemui di sekitar kawasan seram tersebut, selain itu ada juga yang meminum racun dan mengambil ubat yang berlebihan dos.

Sejak itu pihak berkuasa telah membuat keputusan untuk tidak lagi mengeluarkan statistik angka kematian di hutan tersebut. Jepun juga merupakan antara negara yang mempunyai angka kematian disebabkan bunuh diri yang tertinggi didunia. Dikatakan tempat ini menjadi sebagai salah satu tempat utama untuk membunuh diri bermula sekitar pada tahun 1950an lagi.


Keadaan hutan yang padat dengan pokok kerana tanahnya yang subur dari lava gunung berapi Fuji menyebabkan ada mayat yang sukar ditemui. Pokok pokok tumbuh rapat antara satu sama lain yang menyebabkan cahaya matahari yang sampai ke lantai hutan hanya lah samar-samar sahaja menjadikan hutan ini terasa seram dan menakutkan.

Pelbagai barangan peribadi seperti baju, seluar, kasut, jam tangan, bag dan sebagainya dijumpai di hutan ini yang merupakan tinggalan orang membunuh diri. Terdapat mayat yang mereput teruk, bau hanyir mayat menusuk hidung, ada mayat yang dimakan binatang buas.


Pihak berkuasa tempatan Jepun meletakan papan tanda untuk menasihati sesiapa sahaja yang mempunyai niat untuk masuk ke hutan untuk bunuh diri.




Ikuti kami di TELEGRAM:

https://t.me/X_PLORASI

KONGSIKAN:



Ads Bottom