Terkini

20/trending/recent

X-PLORASI

Masukkan carian anda di sini !

KUBU : Wadah perjuangan aktivis kebudayaan Melayu


[IKLAN] CARA MUDAH BUAT DENGAN SHOPEE Nak buat duit dengan shopee tanpa ada produk sendiri? sertai SHOPEE AFFILIATE PROGRAM sekarang. Anda mampu menjana pendapatan dengan hanya kongsikan link produk sahaja. Daftar sekarang KLIK DI SINI

Kumpulan Budi Utama atau ringkasnya KUBU telah ditubuhkan pada 20 Julai 1958 di Petaling Jaya, Selangor di mana penyertaannya terbuka bukan sahaja kepada orang Melayu tetali turut terbuka kepada orang bukan Melayu yang sealiran kebangsaan bagi memperjuangkan cita-cita menegakkan kebudayaan asli Melayu sebagai teras dan dasar Kebudayaan Kebangsaan negara ini.

Dalam mesyuarat penubuhannya yang dihadiri oleh kira-kira dua ratus orang, Ketua Satu badan ini, Encik Asraf Abdul Wahab menegaskan betapa pentingnya ditingkatkan perjuangan menegakkan satu kebudayaan yang bersih dari unsur- unsur asing dalam masyarakat negara yang merdeka dan berdaulat. Tujuan KUBU adalah untuk mengalirkan perkembangan kebangsaan dalam kesenian Melayu dan dalam pada itu menghidupkan dan memperkembangkan kebudayaan Melayu dalam berbagai usaha.

KUBU juga bertujuan untuk menentang pengaruh-pengaruh asing yang merosakkan keaslian seni Melayu tetapi menerima penjelmaan unsur-unsur asing yang bernilai dan tidak merosakkan perkembangan kebudayaan kebangsaan.

Selain itu, matlamat KUBU untuk menjunjung tinggi akan adat resam, budi bahasa dan sopan santun ketimuran, dan mencela sikap hasad dengki dari sudut kebendaan.

KUBU juga berperanan dalam menjelaskan usaha-usaha memupuk semangat kesukanan persaudaraan dalam pertandingan atau peraduan dan berusaha untuk menegakkan kedaulatan bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan.

Anggota pemimpin badan ini yang lain ialah Asraf Abdul Wahab sebagai Ketua Satu, Usman Awang (Tongkat Waran) selaku Ketua Dua, Encik Daud Baharom, Setiausaha Satu, Cik Sharifah Khatijah, Setiausaha Dua, Matari Rahman selaku Bendahari dan beberapa orang ahli jawatankuasa yang terdiri dari Ahmad Boestamam, Ismail, Cik Noraini Arshad, Aishah Abd. Wahab dan Kalthom Hamidon.

Bagaimanapun badan ini hanya dapat bertahan buat beberapa tahun. Oleh kerana kesibukkan ketua-ketuanya dalam profesion mereka dan kegiatan-kegiatan lain maka KUBU telah terpaksa dibubarkan dengan rasminya pada 13 September 1972. Namun begitu, KUBU telah berjaya merintis jalan ke arah menegakkan seni budaya kebangsaan dengan lahirnya kumpulan-kumpulan budaya di serata tanah air.

Antara pengasas KUBU ; Asraf Abdul Wahab, Usman Awang dan Ahmad Boestamam





Ikuti kami di TELEGRAM :
KONGSIKAN:


Ads Bottom