Terkini

20/trending/recent

X-PLORASI

Masukkan carian anda di sini !

Jangan pernah lupakan jasa tiga orang sahabat saya ini



Ustaz Haji Yahya Nassim semasa hayatnya pernah meluahkan hasrat melihat satu majlis memperingati tiga orang sahabatnya, Ishak Haji Muhammad (Pak Sako), Ahmad Boestamam dan Dr Burhanuddin al-Helmy sebelum mata terpejam pulang ke pangkuan ilahi.

"Kenapa susah sangat nak baca Yasin, sedekahkan al-Fatihah untuk mereka? Kami bukan petualang negara, bukan komunis," keluh Ustaz Haji Yahya Nassim.

Beliau tidak pernah kesal jika generasi muda sekarang tidak mengenal namanya, tapi mengapa perjuangan tiga orang sahabatnya menghalau penjajah, seperti tidak dihargai.

Beliau juga hairan mengapa orang sekarang susah sangat hendak menyedekahkan al-Fatihah dan surah Yasin untuk para pejuang kemerdekaan berhaluan kiri.

Adakah kerana tiga orang sahabatnya tadi tidak menyokong penjajah, ditangkap, dipenjara dan dituduh bagai komunis maka jasa-jasa mereka dan tidak dihargai Lupakah mereka juga berjuang melawan penjajah dan menghalau musuh negara dari bumi tercinta ini.

Kalau orang sekarang lupa, ini kisah besarnya jasa tiga tokoh yang sentiasa bermain di bibirnya. Mengapa tiga nama tokoh ini patut dikenang dalam sejarah negara

Beliau memberi tahu bahawa Ishak Haji Muhamad Ahmad Boestamam dan Dr. Burhanuddin al Helmy turut berganding bahu menghancurkan Malayan Union.

"Jangan lupa jasa mereka bertiga ini. Jangan asyik ingat jasa 'orang-orang tertentu sahaja," katanya.

Sudah lupakah orang sekarang, ketika itu sebahagian besar bangsa Melayu termasuk pembesar-pembesar hinggalah kepada raja-raja masih belum berhasrat untuk merdeka.

Hanya Parti Kebangsan Melayu seMalaya (PKMM) sahaja ketika itu berjuang untuk merdekakan negara melalui cara bergabung dengan Indonesia. Mereka itulah sahabat-sahabat baiknya iaitu Ishak Haji Muhamad (Pak Sako), Ahmad Boestamam dan Dr. Burhanudin al-Helmy.

Beliau masih ingat, semasa Kongres Melayu yang diadakan dari 1 hingga 4 April 1946, UMNO meluluskan slogan Hidup Melayu sebagai suntikan semangat bagi memulihkan maruah bangsa.

Ustaz Yahya dan rakan-rakannya dalam PKMM dan API menempelak slogan Hidup Melayu' tersebut. Dia dan rakan-rakannya, Ishak Haji Muhamad, Ahmad Boestamam dan Dr. Burhanuddin al-Helmy sebaliknya berbangga dengan slogan Merdeka.

Tetapi, orang-orang UMNO ketika itu membalas semula dengan mengejek slogan 'Merdeka yang dilaungkan PKMM itu sebagai mentega yang hanya layak disapu pada roti benggali.

Masih ingatkah ahli-ahli politik itu bahawa hanya pada 4 Februari 1951. barulah mesyuarat Kongres UMNO menukar slogan dari 'Hidup Melayu' kepada 'Merdheka. Ustaz Yahya dan kawan-kawannya dalam PKMM. API dan AWAS geleng kepala lagi kerana terdapat huruf 'H' dalam perkataan Merdeka' itu agar bunyinya lebih lunak.

Beliau bersama sahabatnya Ishak Haji Muhamad, Ahmad Boestamam dan Dr. Burhanuddin al-Helmy menerima Sang Saka Merah Putih sebagai lambang dan bendera kebangsaan PKMM. Mereka juga menyanyikan lagu Indonesia Raya sebagai lagu perjuangan dan lagu kebangsaannya.

Bersama tiga sahabatnya itu serta rakan-rakan lam PKMM bangga melaungkan slogan MERDEKA dengan tangan kanan tergenggam sebagai simbol perjuangannya.

Kami tidak pernah menyesal dengan apa yang telah berlaku. Walaupun PKMM terkeluar daripada badan gabungan UMNO tidak lama kemudian, tapi sejarah tetap merakamkan bahawa PKMM adalah sebahagian daripada UMNO pada peringkat awal penubuhannya.

Sebab itulah kadang-kadang, beliau terasa loya tekaknya dan adakalanya hendak termuntah apabila mendengar pidato tokoh-tokoh politik yang tidak malu mendabik dada bahawa merekalah hero yang membelanasib orang Melayu. Merekalah yang paling berjasa kepada bangsa dan negara!

Kononnya, si polan atau si polan itulah yang berhempas pulas berjuang memerdekakan negara. Kalau tokoh-tokoh politik itu mahu meminda sejarah, memanipulasi fakta tentang pejuang-pejuang kemerdekaan yang ingin mereka kenang dan hargai, biarlah.

Lantaklah, itu hak mereka, tokoh mana hendak diubah, tokoh mana patut dibuang sesuka hati. Misalnya kalau nama si polan ini dianggap pro komunis, dia tidak layak diletak sebaris dengan pejuang negara. Maka hitamlah sejarah mereka.

Kalau si polan ini berkompromi dengan penjajah, moleklah namanya dan diputihkan segera. Angkatlah namanya jadi hero. Tapi, beliau tidak menentang kalau nama-nama sahabatnya yang antikolonial dan anti orientalis tadi digelar penjarah, pengkhianat, petualang, subversif dan komunis.

Siapakah pejuang pejuang yang sanggup diburu, ditangkap dan diseksa dalam tahanan kerana melawan polisi orientalis keparat itu kalau bukan tiga orang sahabatnya tadi?

Sebab itulah, beliau sedih, apabila setiap kali tibanya 31 Ogos, nama tiga orang sahabatnya itu tidak pernah disebut dan seolah-olah dilupakan langsung.

Kalau sejarah tidak dilihat kembali, orang sekarang tidak akan tahu, beberapa hari selepas darurat diisytiharkan, beliau pergi ke pejabat pos di Pekan Sepang kerana ada urusan di sana.

Selepas urusan di Pejabat Pos Sepang, beliau telah mendengar melalui siaran radio bahawa Sir Edward Gent, Gabenor Malayan Union yang pertama dan terakhir mengalami nahas kapal terbang tidak berapa jauh dari London. Siaran radio itu memutarkan lagu-lagu sedih dan memberitahu bendera Union Jack dikibar separuh tiang.

Beliau sempat singgah di Port Swettenham (Pelabuhan Klang) dan melihat bendera Union Jack dikibar separuh tiang. Selepas itu, lelaki itu singgah di rumah abangnya, Alias, di Peel Road tidak jauh dari Sekolah Convent.

Petang itu, Alias mengajak adiknya itu menonton wayang di panggung Pavillion, Jalan Bukit Bintang. Tapi pada hari jahanam itulah, selepas Maghrib sewaktu bersiap-siap hendak ke pawagam, beberapa orang Special Branch (SB) tiba dan menangkap Ustaz Yahya.

Beliau tidak dapat mengelak kerana selepas darurat diisytiharkan. Semua yang terlibat dengan PKMM dianggap bersekongkol dengan Parti Komunis Malaya (PKM) walaupun tidak ada sebarang bukti.

Inggeris menuduh beliau juga bersekongkol dengan komunis walau pun dinafikan sekeras-kerasnya.

Beliau ditahan selama tiga minggu di lokap balai polis Jalan Campbell (sekarang Jalan Dang Wangi) sebelum dipindahkan pada Hari Raya di Penjara Pudu. Di situlah dia bertemu Ahmad Boestamam dan rakannya bernama Kadir, anak tauke Kedai Mamak Kassim

Beliau hanya tahu dia disyaki sebagai anggota PKM apabila ternampak tulisan ditampal di pintu lokap: "Yahya Nassim uspected communist!" Setelah itu, beliau berpindah dari satu penjara ke satu penjara. Dari lokap Jalan Campbell ke Penjara Pudu, Seremban, Tanjung Beruas, Ipoh, Majidee dan berakhir di Morib.

Ketika itu semua orang menyangka beliau telah meninggal dunia dalam tahanan, dipukul dan dibelasah oleh pihak Inggeris kerana dalam tempoh itu tiada sebarang berita didengar keluarganya di Hulu Langat. Tapi, nyawanya masih panjang dan kemerdekaan negara yang diperjuangkannya, menjadi kenyataan.

Namun, beliau kesal dijadikan kambing hitam oleh British hanya kerana memegang jawatan Ketua PKMM Selangor. Dirinya dituduh sebagai komunis hanya kerana dia mengenali Rashid Maidin, Abdullah CD, Shamsiah Fakeh dan anggota Parti Komunis Indonesia (PKI) seperti Sutan Djenain, Pak Suparto dan Alimin yang melarikan diri ke Malaya waktu itu.

Beliau mengaku memang  pernah bergerak bersama-sama Rashid Maidin dan Abdullah CD dalam PKMM, tapi dia bukan komunis! Dia tidak terlibat langsung dengan komunis. 

Malah dia sama sekali tidak menyangka Rashid Maidin kemudian nekad untuk melarikan diri dan seterusnya masuk hutan bergabung dengan komunis. Sewaktu dia hendak dipindahkan ke penjara di Ipoh barulah dia tahu Rashid Maidin telah berjaya melarikan diri apabila membaca tajuk besar akhbar, Rashid Maidin Escape!

Beliau yakin, dalam tempoh perjuangannya antara 1945-1948 dalam PKMM, tiada orang Melayu terlibat dengan gerakan PKM walaupun ada tokoh-tokoh komunis Indonesia yang berjaya menyusup dalam parti-parti Melayu seperti Sutan Djenain, Alimin dan Pak Suparto.

Beliau juga yakin rakan-rakannya dalam PKMM memilih jalan radikal dengan mengangkat senjata apabila API, AWAS, GERAM dan PERAM diharamkan British. Penjajah pula menggunakan perintah darurat sebagai cara untuk menghapuskan penentangan terhadap pemerintahannya. Sebahagian rakan-rakannya itu kembali kepangkuan masyarakat setelah meninggalkan perjuangan bersenjata di hutan dan mendapat pengampunan daripada pemerintah Malaysia seperti Musa Ahmad dan Shamsiah Fakeh. Seperti Musa Ahmad,  merasakan ideologi Komunis tidak cocok buatnya yang berlatar belakangkan agama setelah beliau melihat apa yang telah dilakukan Komunis di China.

Jika ada orang termakan dakyah penjajah yang mengatakan beliau dan kawan-kawannya, Ishak Haji Muhamad, Ahmad Boestamam dan Dr. Burhanuddin al-Helmy sebagai ejen-ejen komunis, mereka sebenarnya tersilap.

"Kami bukan komunis. Kami pejuang nasionalisme Islam. 

Jika ada yang masih sangsi tentang agama tiga sahabatnya tadi, Ustaz Yahya memberitahu idea asal mewujudkan Parti Islam se-Malaya (Pas) adalah hasil perbincangan tiga orang sahabatya, Pak Sako, Ahmad Boestamam dan Dr Burhanuddin al-Helmy.

Beliau tahu sangat perkara tersebut kerana perbincangan itu dilakukan di rumah Pak Sako di Hulu Langat Pak Sako adalah adik iparnya. Bagaimanapun, lelaki berkerusi roda itu tidak menyertai Pas yang diasaskan Dr. Burhammuddin al-Helmy Begitu juga den pan Pak Sako dan Ahmad Boestamam

Jadi, kalau ada sesiapa beliau seorang anggota komunis dan pengkhianat negara, mereka silap besar, Ustaz Yahya itu kuat pegangan agamanya. Dia lepasan pengajian agama di Gunung Semang gul sekitar 1935 hingga 1941. Waktu itu dia hanya menunggu masa untuk melanjutkan pengajian di Universiti al Azhar di Mesir

Tapi impian ke al-Azhar terhenti selepas dia terlibat dengan PKMM dan berkawan rapat dengan Pak Sako, Ah mad Boestamam dan Dr. Burhanud din al-Helmy. Sebab itulah orang tua itu mahu nama tiga orang sahabatnya tadi diabadikan sebagai tokoh pejuang kemerdekaan sama seperti pejuang-pe juang kebangsaan lain.

Nota : Ustaz Haji Yahya Nassim atau nama penuhnya Yahya Nasim Haji Hussin ditahan oleh penjajah Inggeris selama lima tahun enam bulan tanpa sebarang perbicaraan selepas Pengisytiharaan Darurat 1948. 

Ustaz Yahya ialah bekas ahli politik kiri dan pernah memegang jawatan Bendahari Agung dan Ahli Jawatankuasa Tertinggi PKMM pusat, pimpinan Ishak Haji Muhamad. Jawatan terakhir beliau ialah Ketua PKMM Selangor sebelum ditahan dan dipenjarakan kerana disyaki sebagai anggota PKM.

Beliau pernah bertanding sebagai calon Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Langat mewakili Parti Rakyat Malaysia (PRM) tetapi kalah kepada Datuk Nazir Abdul Jalil (Perikatan) dalam pertandingan tiga penjuru yang turut disertai Mustafa Yunus (Parti Negara). Ustaz Yahya Nassim menetap di Kajang, Selangor,

Sebagai menyahut permintaan Ustaz Yahya Nassim, marilah kita bersama-sama menyedekah al-Fatihah tiga orang pejuang kemerdekaan ini, Allahyarham Ishak Haji Muhamad (Pak Sako), Ahmad Boestamam dan Dr. Burhanuddin al-Helmy Semoga roh pejuang-pejuang ini ditempatkan di kalangan orang-orang beriman dan beramal soleh. Amin!

Ahmad Boestamam

Dr Burhanuddin al-Helmy




Ishak Haji Muhamad (Pak Sako)


Ustaz Haji Yahya Nassim








Ikuti kami di TELEGRAM:

https://t.me/X_PLORASI

KONGSIKAN:



Ads Bottom