Apabila bercerita tentang MYDIN, pasti ramai sinonim mengenai pasaraya beli belah terkenal di Malaysia ini. MYDIN adalah premis perniagaan tumpuan ramai yang mahu mendapatkan harga termurah di samping ganjaran-ganjaran yang berbaloi. MYDIN acapkali menjadi tumpuan apabila tibanya bulan Ramadhan dan juga menjelang perayaan lagi-lagi Aidilfitri. Terkenal dengan sokongan padu memasarkan produk tempatan, MYDIN sangat berjasa kepada sektor peruncitan negara.
Apabila diselak semula sejarah, rupanya MYDIN pada mulanya telah pun wujud sejak tahun 1957 lagi di mana ketika itu hanyalah sebagai sebuah kedai runcit biasa di Kelantan. Pada waktu itu, kedai runcit tersebut hanya menawarkan alat permainan kanak-kanak dan juga barang-barang keperluan lain. Pengasasnya iaitu Allahyarham Mydin Mohamed pada ketika itu berusia 29 tahun yang menyambung perniagaan bapanya Ghulam Hussein telah membuka lembaran baru dalam sektor peruncitan.
Perniagaan MYDIN terus dikembangkan ke Terengganu pada tahun 1979 sebelum anak kedua Mydin, Datuk Wira (Dr.) Haji Ameer Ali menyertai perniagaan tersebut. Pada tahun 1989, MYDIN melebarkan perniagaan mereka ke Lembah Klang di Jalan Masjid India dan seterusnya menjadi pencetus fenomena peruncitan MYDIN di Malaysia. Kini, MYDIN sudah mempunyai lebih puluhan buah cawangan di serata Malaysia dan sedang menjadi pusat membeli belah kegemaran ramai.
Ikuti kami di TELEGRAM:
KONGSIKAN: