Sesungguhnya orang Islam tidak menentang bangsa Yahudi atas dasar agama atau bangsa semata-mata. Melalui sorotan sejarah, jelas terbukti hubungan baik yang terjalin di antara orang Islam dengan Ahli Kitab dan Ahli Zimmah (orang yang dilindungi).
Hubungan di antara mereka jelas terjalin atas prinsip-prinsip keadilan dan mereka menikmati kebebasan sepenuhnya dalam beragama dan sebagai rakyat di bawah pemerintahan Islam. Sebenarnya, apa yang dikatakan sebagai "masalah Yahudi" dan "gerakan anti-Semit" itu bermula dan bersemarak di di benua Eropah.
Umat Islam yang tiada kaitan sedikit pun dengan masalah prejudis ini, sebaliknya telah memberi perlindungan kepada mereka dalam menghadapi ujian tersebut. Hari ini orang Islam bertekad memerangi pengganas Yahudi kerana mereka telah merampas bumi Palestin dan mengusir penduduk pribuminya dan mencemarkan tempat-tempat suci mereka.
Justeru itu, amatlah wajar bagi ummah Islam untuk bangkit memerangi bangsa pengganas tersebut dan mempertahankan hak dan kesucian agama mereka.
Rakyat Palestin membantah dan menolak penjajahan Britain dan rancangan Zionis. Mereka berusaha menuntut kemerdekaan walaupun konspirasi yang dirancang ke atas Palestin di luar tanggungan dan kemampuan mereka.
Pelbagai gerakan kebangsaan dan islah telah bangkit, seperti yang diketuai oleh Hj. Amin al-Husaini yang telah mengadakan gerakan rakyat, aktiviti politik dan revolusi besar-besaran. Contohnya, revolusi al Quds yang berlaku pada 1920, revolusi Yafa pada 1921, revolusi al-Buraq 1929 dan Oktober 1933. Manakala gerakan jihad yang meletus ialah seperti kumpulan Jihadiyyah diketuai oleh al-Qassam, kumpulan Tangan Hijau' dan gerakan 'Jihad Suci'.
Setelah "Revolusi Agung" meledak pada 1936 hingga 1939, Britain terpaksa memperakui dalam kertas putihnya pada Mei 1939 untuk mendirikan negara Palestin, menghentikan penjualan tanah kepada Yahudi dalam masa 10 tahun dan menghentikan migrasi Yahudi selepas 5 tahun. Namun, pada akhir tahun 1945, Britain telah mungkir janji dan menyokong semula projek in Zionis, tetapi di bawah perlindungan Amerika.
Ikuti kami di TELEGRAM:
KONGSIKAN: