Terkini

20/trending/recent

X-PLORASI

Masukkan carian anda di sini !

1948-1967 : Seruan kebangsaan Arab menentang kekejaman Israel


Sepanjang tahun 1948 hingga 1967, slogan-slogan peperangan berbentuk patriotik yang menyeru kepada penyatuan bangsa Arab untuk kebebasan telah meletus dan menjadi sungguh popular di benua Islam. 

Jamal Abdul Nasir telah mengambil inisiatif untuk mengetuai dunia Arab dalam membebaskan Palestin, sehingga peranan pemimpin Palestin itu sendiri dikecilkan untuk memberi ruang kepada Abdul Nasir menyelesaikan masalah bangsa Arab. 

Malangnya, regim Arab sendiri tidak mempunyai pendekatan dan metodologi yang betul, tidak serius, tiada kesungguhan atau semangat yang jitu untuk berperang. 

Malah mereka menggunakan teknik peperangan Palestin yang berbentuk strategi jangka pendek dan berasingan; dan tidak berbentuk komprehensif. 

Mereka hanya sibuk membakar semangat rakyat semata-mata tanpa melakukan persediaan untuk rakyat atau menyediakan mereka dengan latihan peperangan yang sebenar.

Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) telah ditubuhkan pada tahun 1964. Ia diketuai oleh Ahmad Shuqairi dan terus didokongi secara langsung oleh Jamal Abdul Nasir yang bimbang akan kehilangan kawalan dengan cabaran dari pelbagai pertubuhan dan organisasi Palestin yang semakin bertambah banyak, terutamanya dari kumpulan "Fatah" yang telah ditubuhkan sebelumnya pada 1957. PLO berhasrat untuk membebaskan bumi Palestin yang terjajah sejak tahun 1948 dan menegaskan dalam piagamnya untuk memilih perjuangan bersenjata sebagai satu-satunya jalan pembebasan.

Kebanyakan rakyat Palestin mengalu-alukan gerakan ini kerana ia merealisasikan semangat kebangsaan Palestin dan mengukuhkan identitinya yang sudah hilang. Pada tahun 1967, banyak banyak pertubuhan komando bersenjata Palestin diketuai Fatah bergabung dengan PLO yang dipimpin oleh Yasser Arafat sejak Februari 1969. Pada tahun 1974, Regim Arab telah mengakui PLO sebagai satu-satunya wakil rasmi rakyat Palestin. Pada masa yang sama, pertubuhan ini juga turut mewakili rakyat Palestin di PBB sebagai anggota Pemerhati.




Ikuti kami di TELEGRAM:

https://t.me/X_PLORASI

KONGSIKAN:



Ads Bottom