"Silat Sekebun"
Silat ni sangat terkenal di Kelantan khususnya , asalnya silat ini tidak diajarkan kepada orang Kebanyakan , Ianya silat turun temurun Raja Palembang. Kemudiannya diwarisi oleh seorang Ulama Tersohor Alam Melayu yang bernama "Syeikh Abdul Samad Al-Falimbani" (1704-1832) Beliau adalah cucu kepada anak Raja Palembang , dan juga anak kepada Mufti Kedah Pertama yang bernama Sheikh Abdul Jalil Al-Mahdani.
Ayah Sheikh Abdul Samad al-Falimbani adalah guru agama kepada Sultan Muhammad Jiwa bin Sultan Abdullah Muazzam Shah (1710 -1778). Sheikh Abdul Samad juga merupakan sahabat karib kepada Syeikh Arsyad Al-Banjari , Syeikh Abdul Wahab Bugis , Syeikh Daud Al-Fathoni dan Sheikh Abdul Rahman Al-Betawi. Dikatakan sheikh Abdul Samad al-Falimbani sangat rapat dengan Sheikh Daud al-Fathoni.
Syeikh Abdul Samad Al-Falimbani yang ketika itu berada di Mekah pulang ke Kedah untuk menyambut seruan jihad di Pattani pada abad ke 18 , berperang bersama para Mujahideen Kedah, Pattani , Terengganu , Aceh , Kelantan dan Pahang menentang British dan Siam. Sudah pastinya "Silat Sekebun" ini digunakan oleh beliau untuk mempertahankan diri dan menentang musuh disamping mengamalkan wirid perang.
Namun dikatakan Sheikh Abdul Samad Syahid di Patani pada 1832 Masehi ketika berusia 128 Tahun. Kemudiannya Silat Sekebun ini diwarisi oleh anaknya yang juga seorang Ulama Tersohor bernama Syeikh Abdul Rahman @ Tuan Mandak, Sheikh Abdul Rahman kemudiannya berhijrah dari Patani ke Terengganu , Dan membina sebuah Masjid yang penuh bersejarah pada Tahun 1830 Masihi iaitu Masjid Lama Kampung Tuan yang terletak di tepi Sungai Limbong , Bandar Chukai Kemaman Terengganu.
Diperkatakan inilah makam Syeikh Abdul Samad Al-Falimbani di Pattani. Kepala almarhum dipenggal dan dibawa ke Bangkok untuk dipersembahkan kepada Raja Siam. Sehingga hari ini kepalanya masih menitiskan darah bukti beliau mati syahid di jalan Allah.
Masjid Tersebut sangat unik kerana dibina hanya dengan menggunakan sebatang Kayu Cengal yang besar dengan menggunakan kaedah pasak (tanpa paku) dan di masjid itulah menjadi tempat baginya mengajarkan Ilmu Tauhid dan Tasawuf kepada anak bangsa Melayu. Beliau kemudiannya mewariskan Silat Sekebun kepada anaknya yang juga seorang Ulama Tersohor di Berserah dan Kemaman yang bernama "Tuan Wok" Ataupun nama sebenarnya Sheikh Abdul Samad Bin Abdul Rahman , Beliau adalah pengasas Beserah dan sangat berpengaruh di Beserah dan Kemaman Terengganu. Tuan Wok kemudiannya menyambung perjuangan ayahnya untuk menyebarkan dan mengajarkan Ilmu Tasawuf kepada anak-anak bangsa Melayu di Masjid tersebut.
Silat Sekebun tidak terhenti disini , Tuan Wok kemudiannya mewariskan silat sekebun kepada murid kesayangannya iaitu Tok Wali Che Soh , ataupun nama sebenarnya Sayyid Muhammad Yusof , Kemudiannya pada awal tahun 1900-an , Tok Wali Che Soh berhijrah dari Beserah ke Bukit Panau Kelantan untuk berguru dengan seorang wali tersohor yang bernama Tok Selehor ataupun nama sebenarnya Haji Abdul Rahman bin Haji Uthman yang menetap di Kok Pasir. Tok Selehor adalah sahabat karib kepada seorang Wali Allah juga iaitu "Tok Kenali".
Tok Wali Che Soh menetap di Kelantan dan pada satu ketika tersebarlah mengenai kehandalan Tok Wali Che Soh disebabkan beberapa peristiwa yang disaksikan oleh orang-orang kampung di Kelantan. Maka dari sinilah punca permulaan Silat Sekebun yang hanya diwarisi oleh generasi Sheikh Abdul Samad al-Falimbani , diajarkan kepada orang kebanyakan. Tok Wali Che Soh membuka gelanggang pertamanya di Bukit Panau Tanah Merah Kelantan, Beliau mempunyai ramai anak murid yang handal. Seterusnya silat seni sekebun ini terus berkembang meluas di wilayah-wilayah Kelantan.
Ikuti kami di TELEGRAM:
KONGSIKAN: