Terkini

20/trending/recent

X-PLORASI

Masukkan carian anda di sini !

 #FREE_PALESTINE

Perang 14 Hari : Kisah amukan berdarah orang Melayu menentang Komunis

Peristiwa ‘Perang 14 Hari’ antara orang Me­layu dengan tentera ‘Bintang Tiga’ yang juga terkenal sebagai ‘Perang Parang Panjang’ tercetus sekitar bulan Ogos 1945 sebaik pihak Jepun menyerah kalah di Tanah Melayu.


Kekejaman tentera Bintang Tiga ini mendapat liputan meluas Utusan Melayu sehingga memaksa orang Melayu mengasah parang dan ‘mengasap kemenyan’ selain memakai selempang merah bagi mempertahankan diri masing-masing daripada keganasan tentera Malayan People’s Anti-Japanese Army (MPAJA) atau Tentera Anti Jepun Rakyat Malaya (TAJRM).

Menurut Ishak Haji Moha­mad dalam bukunya Me­moir Pak Sako Putera Gunung Tahan (1997), Perang Parang Panjang merupakan kebangkitan orang Melayu menentang keganasan tentera Bintang Tiga yang bermaharajalela ketika itu.

Ishak menceritakan, sejurus Jepun men­yerah kalah, maka sekonyong-konyong ke­luarlah askar bintang tiga memakai uniform, bertopi tiga bucu lengkap dengan senapang dan bom tangan sambil mengarak seekor babi panggang untuk me­nunjukkan kekuatan. Selepas itu tentera Bintang Tiga mulalah menangkap orang Melayu dan India yang kononnya telah me­lakukan ke­salahan.

“Di antara kesalahan-kesalahan yang kononnya boleh mereka itu tangkap, bicarakan dan diputuskan dengan hukuman-hukuman berat ialah ‘tidak membayar hutang seringgit dua’ kepada para peniaga dan peraih-peraih iaitu hutang-hutang kecil yang lama sepuluh dua puluh tahun yang lampau” (Ishak Haji Muhamad 1997:181).

Menurut Abdul Samad Idris dalam bukunya 25 Tahun Merdeka (1982), ‘Perang 14 Hari’ itu timbul akibat syak wasangka orang Cina terhadap kejujuran orang Melayu yang sengaja ditiupkan oleh pihak komunis.

“Dalam masa 14 hari itu tentera Bintang Tiga mengamuk, bertindak kejam de­ngan membunuh orang-orang Melayu yang didakwa mereka menjadi polis rahsia Jepun.

“Mereka membalas dendam tanpa berperikemanusiaan sekali pun orang Me­layu yang dibunuh itu adalah jiran mereka. Ada antara kejadian-kejadian tersebut tentera Bintang Tiga menyeksa orang-orang Melayu kerana anjingnya dibunuh” (Abdul Samad Idris: 1982:360).


Akibatnya, sebilangan besar orang Melayu merasakan perbuatan orang-orang Cina dalam tentera Bintang Tiga itu seolah-olah ‘ayam jantan berkokok’ yang menyombong di kampung orang.

“Mereka terlupa bahawa mereka adalah kaum pendatang yang seharusnya berterima kasih kepada orang-orang Melayu kerana membenarkan menumpang di negara ini” (Abdul Samad Idris 1982:360).

Akibat diprovokasi me­lampau, orang Me­layu pun bangkit menentang sehingga tercetusnya ‘Perang 14 Hari’ sekitar bulan Ogos 1945. Perang itu mula tercetus di Batu Pahat (Johor), Kuala Pilah (Negeri Sembilan) November 1945, Parit dan Teluk Intan (Perak) 24 Disember 1945, Batu Malim (Pahang) 11 Februari 1946 dan Kuala Kangsar (Pe­rak) 6 Mac 1946.

Di Batu Pahat, muncul Kiyai Salleh atau Panglima Salleh (Selempang Merah) memimpin orang-orang Melayu menentang keganasan orang-orang Cina yang dipengaruhi komunis. Nama sebenar beliau ialah Dato’ Penghulu Haji Muhammad Salleh Haji Abdul Karim.

Orang-orang Melayu Batu Pahat di bawah pimpinan Kiyai Salleh berperang habis-habisan menggunakan parang panjang melawan orang-orang Cina komunis yang lengkap dengan peralatan senjata mo­den.

Abdullah CD dalam bukunya Memoir Abdullah C.D: Zaman Pergerakan Sehingga 1948 menceritakan semua penduduk Lambor di Perak turut menganggotai kumpulan parang panjang yang dikatakan mahu ‘perang sabil’.

“Mereka memakai selempang merah dan bersenjatakan parang panjang serta mengamalkan ilmu kebal” 


Selepas itu berlakulah pertempuran sengit antara orang Cina dan Melayu di Lambor.

“Mereka yang terkorban itu dianggap mati syahid dan diadakan upacara pengebumian secara besar-besaran,” cerita Abdullah CD.


Pergaduhan perkauman itu dapat diredakan apabila pihak Inggeris memaksa MPAJA menyerahkan senjata dan membubarkan tentera Bintang Tiga yang dikuasai komunis.




KONGSIKAN:

FOLLOW KAMI SEKARANG DI TIK TOK

SUBSCRIBE : X-PLORASI TELEGRAM



  • Gambar Dato Taiban bin Hassan di rumahnya

    Dato Taiban berbaju hitam bersongkokTerima kasih kepada waris almarhum Dato Taiban di atas keizinan perkongsian gambar Dato Taiban tahun 1973 di rumahnya yang terletak di Pekan Sungai Besar.Jasa almarhum yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri yang pertama bagi kawasan Sungai Besar bermula tahun 1959 sehingga 1974 dan pernah menjawat jawatan Exco... Baca Selanjutnya

  • Kekentalan jiwa penduduk kampung menjadi asal nama Kampung Banting, Sabak Bernam

    Pantai Kampung Banting, Sabak BernamAsal usul kampung Banting adalah bermula daripada sebuah kawasan hutan belantara yang tebal. Kawasan kampung ini adalah kawasan tanah rata dan bukan kawasan berbukit atau batu pejal. Kampung ini terletak kira-kira tiga (3) kilometer sahaja dari persisiran pantai Selat Melaka.Kampung Banting dikatakan mula diterok... Baca Selanjutnya

  • Tapak asal Dataran Tonggak Sepuluh Sungai Besar

    Gambar di atas menunjukkan padang yang kini dikenali Dataran Tonggak Sepuluh Pekan Sungai Besar.Diperkirakan gambar disekitar era tahun 1950an diambil dari tempat dimana terletaknya Restoran Nam Tai yang sememangnya berseberang dengan Dataran Tonggak Sepuluh.Gambar-gambar terkini Dataran Tonggak Sepuluh Baca Selanjutnya

  • Dato Taiban sertai rombongan ke Afrika Utara

    Deskripsi Gambar :14 Oktober 1965Satu rombongan mengandungi lapan orang Ahli Majlis KerajaanSelangor yang diketuai oleh Dato Cheong Jin Hoe telah bertolak neninggalkan Kuala Lumpur kerana lawatan lima minggu ke Negeri-Negeri AfrikaUtara Pagi Ini (14hb. Oktober, 1965). Gambar menunjukkan (Dari Kiri) RajaZulkifli bin Raja Borhan, Encik Mohamed Shamsu... Baca Selanjutnya

  • Sekinchan : satu pengkisahan sejarah penempatan etnik Cina

    Pada awal tahun 1920-an, Bagan Sekinchan bermula sebagai sebuah perkampungan nelayan kecil yang didominasi oleh Suku Teochew. Pada tahun 1953, idea Kampung Baru telah lahir dan digunakan untuk tujuan menyekat sumber dan sokongan kepada Parti Komunis Malaya.Selain orang Melayu di Sekinchan juga terdapat empat penempatan utama kaum Cina, iaitu Site A... Baca Selanjutnya

Ads Bottom