Terdapat pihak mendakwa nama "Malaysia" diwujudkan pada 1963 sebagai gabungan MALAYa, Singapura, SAbah dan SArawak.
Sebahagian yang lain berpendapat bahawa ia adalah gabungan "Melayu" dan "Asia" (juga pada tahun 1963), sebagai penghormatan kepada dua lagi bangsa Asia yang kini menetap di Malaysia: India dan Cina Malaysia.
Perlu diselobgkar kembali nama "Malaysia" bukannya baru. Ia tidak dicipta pada tahun 1963 atau beberapa tahun sebelumnya.
Ia dicipta oleh seorang penjelajah Perancis, Jules Dumont d'Urville pada abad ke-19.
d'Urville mengelaskan pulau-pulau di Asia Tenggara dan Pasifik Selatan kepada Malaysia (Kepulauan Melayu), Melanesia (Pulau Hitam) dan Micronesia (Pulau Kecil).
Tanah Melayu (Malaya) hanyalah sebahagian daripada tanah Melayu. Nama Malaysia merujuk kepada tanah Melayu yang merangkumi bahagian lain di rantau Melayu.
Gambar dibawah menunjukkan muka surat buku yang ditulis oleh seorang mubaligh Amerika pada tahun 1919. Nama Malaysia telah pun digunakan dan merujuk kepada seluruh wilayah Melayu.
Nama "Malaysia" bukannya baru. Ia sememangnya tidak diwujudkan pada tahun 1963. Ia adalah cerminan watak serantau alam Melayu.
Ikuti kami di TELEGRAM:
KONGSIKAN: