Ali Adnan Ertekin Menderes dilahirkan di Aydin pada tahun 1899 merupakan seorang negarawan Turkiye dan pemimpin pertama yang dipilih secara demokrasi dalam sejarah Turkiye moden. Beliau menjawat jawatan Perdana Menteri Turkiye di antara tahun 1950 sehingga 1960. Beliau merupakan salah seorang pengasas Parti Demokrat pada tahun 1946, parti oposisi rasmi ke-empat di Turkiye.
Masyhur di kalangan masyarakat Turkiye tersebar kisah mengenai Adnan Menderes menaiki sebuah pesawat terbang. Di ceritakan bahawa semasa dalam penerbangan tersebut, salah satu mesin pesawat mengalami kerosakan dan gagal berfungsi lantas juruterbang pesawat mengumumkan keadaan kecemasan. Menderes bersumpah, jika Allah selamatkan dirinya, dia berjanji untuk mengembalikan kejayaan Islam di Turkiye. Akhirnya pesawat pun terbakar. Satu-satunya penumpang yang selamat adalah Adnan Menderes.
Beliau dikenali sebagai individu yang telah mengembalikan azan ke dalam bahasa Arab, dimana sejak lama diubah oleh Kamal Attaturk ke dalam bahasa Turkiye. Pada tahun 1950, beliau bergabung dengan Parti Demokrat Turki dan menjadi calon untuk pilihanraya. Amerika Syarikat pada ketika itu menjangkakan bahawa Menderes akan kalah dengan manifesto-manifesto yang dibawanya. Antara kempen Menderes ialah:
1. Azan dikembalikan ke dalam bahasa Arab
2. Ibadah haji diizinkan.
3. Pembukaan kembali sekolah-sekolah agama (Islam) dan pengajaran agama di sekolah-sekolah umum.
4. Membatalkan dasar yang melarang hijab bagi Muslimah.
Hasilnya parti Attartuk yang tegar berfahaman sesat sekular telah menurun 32 kerusi. Manakala Parti Demokrat meraih 318 keursi. Adnan Menderes dipilih menjadi PM Turki, dengan presidennya adalah Celal Bayar. Semenjak dilantik menjadi Perdana Menteri, Menderes memenuhi janji-janjinya di dalam manifesto pilihan raya. Pelantikannya bertepatan dengan awal bulan Ramadhan dan dalam masa yang sama, Menderes mengisytiharkankan azan dengan bahasa Arab dikembalikan di seluruh Turkiye. Selain itu, beliau juga memberikan kebebasan berpakaian menutup aurat untuk para muslimah dan kuliah agama di masjid.
Pada pilihanraya 1954, parti Attartuk sekali lagi menurun secara drastik sehingga hanya tinggal 24 kerusi. Pada masa yang sama, Menderes mengizinkan peraturan yang membolehkan pengajian Bahasa Arab, kuliah Al-Quran di seluruh sekolah menengah, membangunkan 10,000 masjid dan 22 Maahad Islam di Anatolia, dalam rangka melatih para khatib, daie, dan guru-guru Al-Quran. Beliau juga mengizinkan penerbitan buku-buku berkaitan Islam, majalah-majalah atau lembaran yang menyerukan agar kembali berpegang teguh dengan ajaran Islam. Lebih dari itu, beliau mengaktifkan kembali masjid-masjid yang dijadikan gudang-gudang untuk kembali menjadi tempat ibadah dan membuka 25 madrasah tahfiz Al-Quran.
Menderes juga mula menjalinkan hubungan dengan dunia Arab untuk melawan Israel. Antaranya, melaksanakan aturan ketat untuk setiap kargo yang masuk dari Israel, baik kargo ubat-ubatan atau barang yang ‘Made in Israel’. Malah beliau dengan berani pernah mengusir Duta Israel di Turkiye tahun 1956. Arus Islamisasi yang begitu deras, membuatkan golongan anti Islam di Turkiye kepanasan. Didalangi oleh para jeneral dari zaman Kamal Attatruk iaitu Jeneral Kamal Joe Russel, operasi menangkap dan menghukum gantung terhadap Menderes dijalsnkan. Sebab-sebab Menderes dihukum gantung telah ditulis oleh seorang wartawan bernama Sami Kohen,
“Penyebab hukuman mati Menderes adalah, kebijakan politiknya yang teramat dekat dengan dunia Islam, sebaliknya dingin dan kaku dengan Israel. Selain itu, kunjungan terakhirnya ke beberapa negara Teluk, yang kemudian dilanjutkan beribadah haji, menjadi sebab kemarahan tentera Turki.”
Akhirnya, Menderes mati syahid di tali gantung. Dalam tempoh 10 tahun perjuangannya, sekolah-sekolah Islam yang dibukanya, lembaga-lembaga tahfiz yang telah digerakkan, masjid-masjid yang dibangunkan, azan yang dikembalikan dalam bahasa Arab. Benih perjuangannya yang mahu melihat Turkiye kembali gemilang bernuansakan Islam tetap tumbuh subur sehingga ke hari ini di bumi Daulah Uthmaniyyah.
Tidak ramai yang mengenali dan pernah dengar tentang Adnan Menderes di dalam dunia Islam namun pengorbanannya menjadi teladan bagi generasi muda Turkiye, sejajar dengan Imam Syahid Hasan Al-Banna, Sayyid Qutb, Raja Faisal dan lain-lain lagi.
as Syahid Adnan Menderes ketika menjalani hukuman gantung sampai mati
Ikuti kami di TELEGRAM:
KONGSIKAN: