Dekad 30an adalah waktu yang paling menyedihkan buat ummah khususnya di Tanah Melayu apabila kebanyakkan alim ulama' besar negara kita meninggal dunia pada dekad ini termasuk Tok Kenali dan Tuan Hussien Kedah al-Banjari.
Pada tahun 1930, ulama' besar asal Bogor, Indonesia yang menjadi guru besar di Mekah telah meninggal dunia. Beliau ialah Syeikh Mukhtar Attarid Bogor. Di bawah asuhannya, ribuan anak murid berjaya dididik termasuk dari mereka yang berasal dari bangsa Arab.
Di Kedah pula, tiga ulama' besar Kedah meninggalkan kita pada tahun 1932. Iaitu :
1. Tuan Guru Haji Yaakob Kemelong, Pengasas Pondok Kemelong, Sik - 23 April 1932
2. Tuan Guru Haji Said Umar, Pengarang Kitab Tafsir Nurul Ehsan
3. Tuan Guru Haji Hussin Bin Hassan, Pengasas Pondok Titi Besi, Alor Setar
Tarikh keramat 19 November 1933, Mahaguru Alam Melayu, Tok Kenali telah pergi dijemput ilahi meninggalkan ratusan muridnya yang menjadi ulama'. Tahun yang sama juga, Syeikhul Islam Perak, Syeikh Muhammad Salleh al-Minankabawi pula wafat pada 12 Mac 1933 yang berpunca dari kemalangan jalan raya di Kuala Lumpur.
Pada tahun 1935, 3 wali Allah bumi Kelantan meninggal dunia dalam tahun yang sama iaitu :
1. Tok Selehor - 20 Februari 1935
2. Tok Padang Jelapang - 4 Mei 1935
3. Tok Seridik - 11 Disember 1935
Pada 10 Februari 1936, bumi Kedah pula menangisi pemergian ulama' terkenal negeri tersebut yang bernama Tuan Hussien Kedah al-Banjari. Tokoh ini tutup usianya ketika berumur 72 tahun.
Pemergian mereka menghadap ilahi adalah suatu kehilangan besar buat masyarakat. Hilang permata ilmu seorang demi seorang.
Di sini al-Faqir senaraikan 53 tokoh ulama' besar Alam Melayu yang wafat pada dekad 30an mengikut susunan tahun wafatnya.
1. Syeikh Mukhtar Attarid Bogor (W.1930)
2. Tuan Guru Haji Daud Kampung Menuang (W.1931)
3. Tuan Guru Pak Chik Haji Musa al-Kalantani (W.1931)
4. Tuan Guru Haji Abdullah Bunut Susu (W.1931)
5. Tuan Guru Haji Daud Kampung Machang, Limbat (W.1931)
6. Tuan Guru Haji Yaakob Kemelong (W.1932)
7. Syeikh Mohammad Nor al-Kholidi, Sungai Cincin (W.1932)
8. Tuan Guru Haji Hussin Titi Besi (W.1932)
9. Habib Hassan al-Attas (W.1932)
10. Tok Kerawat (W.1932)
11. Tuan Guru Haji Said Umar, Tafsir Nurul Ehsan (W.1932)
12. Tuan Guru Haji Omar Beranang (W.1932)
13. Tok Kenali (W.1933)
14. Tuan Guru Haji Che Leh Kampung Laut (W.1933)
15. Tuan Guru Haji Mat Zain Muar (W.1933)
16. Syeikhul Islam Perak Syeikh Muhammad Salleh al-Minankabawi (W.1933)
17. Syeikh Zainuddin Sarawak (W.1933)
18. Syeikh Abdul Qadir al-Mandili Tua (W.1933)
19. Tuan Guru Haji Abdul Malek Sungai Pinang (W.1934)
20. Syeikh al-Hadi (W.1934)
21. Tok Kemuning Muda (W.1934)
22. Tuan Guru Haji Omar Mentuan (W.1934)
23. Tuan Guru Haji Nik Man Tua (W.1934)
24. Tuan Guru Haji Wan Hassan Kemboja (W.1934)
25. Tuan Guru Haji Awang Limbat (W.1934)
26. Tuan Guru Pak Chu Yeh Tok Raja Haji Patani (W.1935)
27. Tok Selehor (W.1935)
28. Tok Padang Jelapang (W.1935)
29. Tok Seridik (1935)
30. Tuan Guru Haji Che Mamat Pasir Pekan (W.1935)
31. Syeikhul Islam Kedah Syeikh Wan Sulaiman (W.1935)
32. Syeikh Sayyid Muhsin al-Masawi (W.1935)
33. Tuan Guru Haji Wan Abdullah Bin Mufti Wan Musa (W.1935)
34. Tok Kedah @ Tuan Guru Haji Idris (W.1936)
35. Syeikh Haji Umar al-Kholidi (W.1936)
36. Tuan Hussien Kedah al-Banjari (W.1936)
37. Tok Kemuning Tua (W.1936)
38. Tuan Guru Haji Wan Daud Khatib (W.1936)
39. Pak Chik Daud al-Fathani @ Syeikh Wan Daud (W.1936)
40. Tuan Guru Haji Omar Merbok (W.1938)
41. Sultan Sulaiman Shah Selangor (W.1938)
42. Tuan Guru Haji Muhammad Said Khatib (W.1938)
43. Tuan Guru Qadhi Haji Abu Bakar Muar (W.1938)
44. Tuan Guru Nik Daud Pasir Hor (W.1935 38)
45. Tuan Guru Haji Ahmad Manan (W.1938)
46. Datuk Laksamana Haji Muhammad (W.1939)
47. Tok Jerulong (W.1939)
48. Imam Mursyidi Sarawak (W.1939)
49. Tuan Guru Haji Osman Batu 10, Kadok (W.1939)
50. Syeikh Abdul Lathif Thambi (W.1939)
51. Mufti Haji Wan Musa (W.1939)
52. Tuan Guru Haji Wan Abdul Majid Kampung Paya (W.1939)
53. Tuan Guru Haji Mahmud Gagah (W.1939)
Patah tumbuh hilang berganti tetapi ulama' yang wafat sampai bila-bila tiada penggantinya.
Mohon hadiahkan bacaan al-Fatihah kepada sekalian tok-tok guru kita yang telah pergi menghadap ilahi. Moga kita bangkit di Padang Mahsyar kelak duduk di belakang mereka, dibawah panji kebenaran.
Rujukan : Tengku Yusuff, Jejak Ulama Nusantara
Ikuti kami di TELEGRAM:
KONGSIKAN: