Terkini

20/trending/recent

X-PLORASI

Masukkan carian anda di sini !

Operation Meetinghouse : Operasi pengeboman yang paling membinasakan dalam sejarah manusia




Tahun 2022, 77 tahun yang lalu, Amerika Syarikat mengebom Tokyo yang membunuh lebih 100,000 orang awam. 

Operasi mengebom Jepun oleh Amerika Syarikat dalam Perang Dunia II bermula pada April 1942 sebagai serangan balas susulan insiden Pearl Harbor dan semakin rancak pada 1944. Namun ia gagal memberi impak besar ekoran pertahanan cekap Jepun. 

Memasuki 1945, Mejar Jeneral Curtis LeMay ditugaskan untuk memberi nafas baharu kepada serangan udara Amerika Syarikat terhadap Jepun. Beliau mengatur strategi baharu yakni menyerang di waktu malam pada altitud rendah menggunakan bom api. 

Maka pada 9 Mac, kru armada udara Amerika Syarikat bersiap di pangkalan udara mereka di Tianan dab Saipan di Kepulauan Mariana. Petang itu, mereka mendapat arahan untuk melancarkan serangan ke atas Shitamachi, sebuah pekan pinggir bandar Tokyo. 














Shitamachi didiami oleh kira-kira 750,000 penduduk yang tinggal di kawasan sempit dalam rumah berbingkai kayu. Mengebom pekan ini turut akan memusnahkan peranannya sebagai pembekal bahan asas kepada pembuatan pesawat Jepun. 

Pada 5.34 petang, 334 pesawat pengebom B-29 berlepas & tiba di sasaran pada 12.15 tengah malam 10 Mac. Terbang pada ketinggian 500 kaki, mereka melepaskan 1,665 tan bom api ke atas pekan itu ketika penduduknya sedang tidur. 

Serangan berakhir 3 jam kemudian, namun Shitamachi semakin marak terbakar. Cuaca kering dan berangin memburukkan lagi keadaan yang berubah menjadi ribut api sehingga memusnahkan hampir 16 batu persegi Tokyo. 

Kebakaran begitu dahsyat di mana asap kemerahan dan bau busuk manusia terbakar yang memenuhi ruang udara memualkan para pengebom, sehingga memaksa mereka memakai topeng oksigen bagi mengelakkan daripada muntah. 

Api akhirnya terpadam dengan sendiri pada tengah pagi 10 Mac itu, selepas lebih 267,000 bangunan rentung. Dianggarkan 80,000 ke 130,000 nyawa tidak berdosa terkorban sementara lebih sejuta warga yang terselamat hilang tempat tinggal. 

‘Operation Meetinghouse’ ke atas Tokyo itu dianggap sebagai serangan udara Perang Dunia II yang paling membunuh, malah lebih dahsyat daripada pengeboman Dresden, Hamburg, Hiroshima & Nagasaki sebagai peristiwa tunggal. 

Sumber: History, Britannica



Ikuti kami di TELEGRAM:

https://t.me/X_PLORASI

KONGSIKAN:



Ads Bottom