Terkini

20/trending/recent

X-PLORASI

Masukkan carian anda di sini !


Omar Ibn Said : Saksi penting kekejaman perhambaan di Amerika Syarikat


IKLAN


Menurut kajian 2019 Proceedings of the National Academy of Sciences (PNAS), dalam hayat mereka, seorang daripada 1,000 lelaki Afrika-Amerika menjangkakan mereka akan dibunuh oleh polis. Justeru, adakah semata mata kerana berkulit hitam mereka dianggap tidak setaraf dengan yang kulit lebih cerah?

Kebanyakan yang diculik dari benua Afrika bukanlah calang-calang orang. Buktinya ada di perpustakaan Kongres Amerika Syarikat (AS) da lam sebuah buku ditulis seorang cendekiawan dari Senegal yang diculik dan dipaksa menjadi hamba di AS lebih 200 tahun lalu.

Nama Omar Ibn Said mungkin begitu asing di Malaysia. Namun, karya ditulisnya telah membuka kisah hidup hamba dari Afrika Barat yang kemudian menjadi perhatian pengkaji sejarah AS masa kini.

Omar Ibn Said


Uniknya, ia bukan dalam bahasa Inggeris tetapi ditulis dalam bahasa Arab. Pada 1807, dia telah diculik dan dijual sebagai hamba abdi. Yang mereka tidak tahu, dia daripada keluarga kaya dan cendekiawan Islam terkenal di negara asalnya.

Berasal dari wilayah Futa Tooro, dia telah dibawa ke pulau Saint-Louis pusat transit utama bagi pemerdagangan hamba abdi di Afrika Barat sebelum dihantar ke AS dan ke pulauan Caribbean.

Kisah Ibn Said menjadi salah satu catatan penting sejarah penghambaan Afrika-Amerika. Sebelum diculik, dia merupakan tokoh ilmuwan Islam yang menghabiskan lebih dua dekad masanya mempelajari dan menghafal al Quran dan pelbagai jenis cabang ilmu.

Memoir 15 halaman tulisan tangan itu telah mencabar naratif penghambaan Afrika. Biografinya dimulakan dengan penulisan ayat al-Quran seperti surah Al-Mulk yang mengandungi ayat-ayat menceritakan tentang penguasaan, kedaulatan dan pemilikan. Mesej di sampaikan dia adalah menyeluruh bahawa hanya ALLAH memiliki hamba-Nya.



Memoir Omar Ibn Said


Para pengkaji sejarah percaya gaya penulisan Ibn Said adalah mesej cuba disampaikan kepada tuannya. Tulisan itu turut mengisahkan bagaimana dia telah dijual kepada tuan pertama di kenali sebagai Johnson-seorang yang bengis dan jahat.

Ibn Said akhirnya berjaya melarikan diri ke Fayetteville, North Carolina tetapi malangnya ditangkap dan dijual semula. Pemilik keduanya - James Owen amat berbeza melayannya.

Ahli sejarah yang mengkaji memoir Ibn Said berpendapat bahawa dia menghabiskan baki umurnya bersama keluarga itu. Walaupun ada berpendapat Ibn Said telah memeluk agama Kristian pada 1820, ramai sarjana moden percaya dia berterusan mengamalkan ajaran Islam. Berdasarkan kajian yang dibuat,

Dia masih memulakan penulisannya dengan selawat kepada Nabi Muhammad SAW yang ditulis dalam Injilnya dan sekeping kad bertarikh 1857 yang mengandungi tulisan Surah An Nas, sehingga ada yang beranggapan ia adalah doa dengan menyifatkannya sebagai seorang penganut Kristian yang baik.

Menurut Pakar Sejarah Diaspora Afrika dari Universiti Brown, AS, Dr Sylviane Diuof, kebanyakan hamba ketika itu ramai berpindah agama secara pseudo-conversion.

Mereka berpindah agama dan secara luaran tetapi hakikatnya mereka masih kekal mengamalkan ajaran Islam," katanya.

Dalam beberapa catatan lain, Ibn Said masih kerap menulis selawat kepada Nabi Muhammad SAW, menyebut Nabi Isa sebagai Al Masih dan penghulu kami 'Sayyidina' kata hormat Islam terhadap para rasul dan tidak dikelirukan dengan Tuhan "Rab' dalam penulisannya.

Ibn Said telah meninggal dunia. pada 1864 dan kisah hidupnya menjadi terkenal 150 tahun kemudian apabila memoirnya diletakkan di US Library of Congress pada 2017.

Pada 1991, sebuah masjid di Fayetteville, Utara Carolina dinamakan semula sebagai Masjid Omar Ibn Said. Memoir Ibnu Said adalah dokumenta si terpenting dalam sejarah hamba abdi di AS.

la sebahagian catatan kisah rakyat berkulit hitam yang berkurun lamanya dinafikan hak sebagai manusia di ne gara yang selama ini mendakwa didirikan atas kesaksamaan hak asasi manusia dan demokrasi.

Sumber : Sinar Harian



KONGSIKAN:




Ads Bottom