Terkini

20/trending/recent

X-PLORASI

Masukkan carian anda di sini !

Mumia berusia 4,300 tahun ditemui



GIZA: Ahli arkeologi menemui satu mumia yang disaluti daun emas dalam sebuah keranda batu yang tidak pernah dibuka selama 4,300 tahun.
Mumia yang merupakan mayat seorang lelaki bernama Hekashepes dianggap sebagai salah satu mayat bukan raja yang tertua dan paling lengkap pernah ditemui di Mesir.
Ia ditemui di bawah 15 meter di tapak perkuburan di selatan Kaherah, Saqqara dengan tiga kubur lain turut ditemui.Salah satunya dikatakan milik seorang lelaki bernama Khnumdjedef yang merupakan seorang imam, inspektor dan penyelia bangsawan.
Manakala seorang lagi milik lelaki bernama Meri yang juga merupakan pegawai kanan istana dengan diberi gelaran Penyimpan Rahsia.
Satu lagi mumia dilaporkan bernama Fetek dipercayai dikebumi di kubur lain dengan koleksi patung yang dianggap terbesar pernah ditemui di kawasan itu. Beberapa barangan lain termausk tembikar juga ditemui di kawasan sama.
Saqqara adalah tanah perkuburan dengan usia dijangka melebihi 3,000 tahun dan merupakan tapak warisan dunia UNESCO. Ia terletak di ibu kota mesir purba, Memphis dan menempatkan lebih daripada belasan piramid termasuk Piramid Step.
Penemuan pada Khamis itu menyusul sehari selepas pakar di bandar Luxor menemui sebuah bandar kediaman lengkap di era Rom, sejak abad kedua dan ketiga.
Mesir mendedahkan banyak penemuan arkeologi utama dalam beberapa tahun kebelakangan ini sebagai sebahagian daripada usaha untuk memulihkan industri pelancongannya.
Sumber - Astroawani



Ikuti kami di TELEGRAM:

https://t.me/X_PLORASI

KONGSIKAN:



Ads Bottom