Terkini

20/trending/recent

X-PLORASI

Masukkan carian anda di sini !

Manaqib Tuan Guru Haji Alwi Bin Haji Abdul Hamid


[IKLAN] CARA MUDAH BUAT DENGAN SHOPEE Nak buat duit dengan shopee tanpa ada produk sendiri? sertai SHOPEE AFFILIATE PROGRAM sekarang. Anda mampu menjana pendapatan dengan hanya kongsikan link produk sahaja. Daftar sekarang KLIK DI SINI

Tuan Guru Haji Alwi Bin Haji Abdul Hamid ( 1939 - 2000 ) di Kampung Bukit Cempedak, Maran.



Tuan Guru Haji Alwi Bin Haji Abdul Hamid dilahirkan di Kampung Pesagi, Chenor, Maran, Pahang pada tanggal 3 Mei 1939. Ibunya  bernama Fatimah Binti Mohd Nor (orang Kampung Pesagi)

Ayahnya, Tuan Guru Haji Abdul Hamid Bin Mat Qahar (1900-1989) adalah pengasas Pondok Kampung Sanding, Chenor dan merupakan pelajar didikan Tok Kenali al-Kalantani.

Beliau mempunyai 4 orang adik beradik, iaitu :

1. Habsah
2. Haji Alwi
3. Zaharah
4. Haji Hamidi

Pendidikan awalnya bermula dari ayahandanya sendiri di Pondok Kampung Sanding, Chenor dan seterusnya beliau dihantar belajar dengan Tuan Guru Haji Hassan di Lati, Pasir Mas, Kelantan. Setelah itu, beliau menyambung pelajarannya ke India dan kemudian ke Universiti al-Azhar, Mesir. 

Setelah pulang dari Mesir, beliau mula mengajar di Kuliah Sultan Abu Bakar, Pekan, Pahang selama 10 tahun lamanya.

Pada tahun 1983, beliau telah mengasaskan sebuah pusat pengajian di Kampung Paya Pasir, Chenor dan memberinya nama Maahad Tarbiyah Darul Hijrah.

Allahyarham pernah bertanding dibawah tiket Parti PAS di dalam beberapa Pilihanraya Umum mewakili DUN Chenor, Jengka dan Lipis.

Oleh kerana kemahiran dan kealimannya, beliau telah dilantik sebagai Pesuruhjaya PAS Pahang pada tahun 1987 hingga 1993. Selain daripada itu, beliau juga pernah menyandang jawatan Ahli Jawatankuasa Dewan Ulama` PAS Pusat.

Di antara sahabat-sahabat baik kepada Tuan Guru Haji Alwi ketika hayatnya ialah :

1. Dato' Ustaz Fadhil Noor - beliau kerap tidur di rumahnya
2. Tuan Guru Dato' Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat - juga selalu tidur di rumahnya
3. Tuan Guru Haji Yaakob Pesagi - mempunyai hubungan kekeluargaan 
4. Tuan Guru Haji Baqi Othman
5. Tuan Guru Haji Yusof Rawa
6. Tuan Guru Dato' Dr Haron Din
 
Beliau telah berkahwin dengan Ustazah Hajah Azizah Bin Khatib Ahmad pada tahun 1970 dan perlahwinan bahagia ini dianugerahkan 8 orang cahaya mata, iaitu :

1. Mohamad Faieq
2. Norafaf
3. Ahmad Hafiz
4. Hafizah
5. Ahmad Faidurrahim
6. Mohamad Rashid
7. Siti Hawa
8. Yusof

Tuan Guru Haji Alwi akhirnya meninggal dunia pada 20 Oktober 2000 dalam usia 61 tahun dan kebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Bukit Cempedak, Chenor, Maran.





Ikuti kami di TELEGRAM :
KONGSIKAN:


Ads Bottom