Terkini

20/trending/recent

X-PLORASI

Masukkan carian anda di sini !

Bagaimana Komunisme merosakkan khazanah tamadun China



Parti Komunis China (PKC) telah mengambil tindakan berjaga-jaga dalam persiapannya untuk menyambut ulang tahun ke-100, di mana Beijing dijaga ketat. Premis menjual pisau diarah untuk meminta pengenalan diri dan melaporkan maklumat pelanggan kepada polis.

Restoran di kawasan larangan juga terpaksa menutup pintu. PKC turut menahan orang yang pergi ke Beijing dan menyekat mana-mana akaun media sosial yang tidak ditapis sepenuhnya.

Secara luarannya, PKC mungkin kelihatan kuat dan gagah namun hakikatnya mereka sangat gugup. Walaupun selama puluhan tahun dikawal ketat dan ‘dibasuh minda’, orang-orang China sedar bahawa sistem komunis bertentangan dengan fitrah manusia dan tidak akan bertahan lama.l
 
Sejak pengambilalihan China, PKC telah membunuh sekitar 80 juta warganya. Selama berkuasa, PKC tidak pernah menghentikan kempennya untuk ‘melenyapkan’ pelbagai kumpulan yang berlainan –setiap kali memilih kumpulan baru untuk disasarkan. Sasaran utamanya adalah mereka yang mewakili masyarakat China dan budaya mereka.

Pada tahun 1950-an, PKC mengambil harta pemilik tanah, merampas perniagaan swasta dari pemilik perniagaan dan membunuh berjuta-juta nyawa yang disebut sebagai ‘kapitalis’. Sebilangan besar mangsa adalah yang paling berpendidikan dan paling berjaya dalam masyarakat – yang menyampaikan budaya China, diturunkan kepada mereka melalui sejarah keluarga yang panjang.

Pemilik tanah ditekan oleh kader-kader Parti Komunis China



Orang China mempunyai tradisi untuk setia kepada keluarga dan pasangan mereka. Ketika pegawai PKC sampai ke bandar, mereka menceraikan isteri dan menikahi gadis di bandar. Orang China juga mempunyai sejarah menghormati dan menyokong mereka yang tinggal di tokong. Tetapi PKC terus memaksa para sami untuk berkahwin.
 
Semua negara komunis mengalami kebuluran. Ia adalah hasil yang tidak dapat dielakkan dari sistem komunis. Di China, kejadian Kebuluran Besar dari tahun 1958 hingga 1962 dianggarkan telah membunuh sekitar 40 juta orang. Dalam ribuan kes, orang ramai terdorong ke arah kegilaan dan beralih ke kanibalisme.

Terdapat satu kisah yang dikenali, melibatkan seorang bapa dan dua anaknya – seorang lelaki dan seorang perempuan yang tinggal bersama di rumah ladang mereka. Suatu hari, si bapa mengarah anak perempuan keluar seketika. Sekembalinya ke rumah, abangnya didapati hilang.

Dia mendapati terdapat lapisan putih di kuali dan tulang telah diasingkan berhampiran dengan dapur. Beberapa hari kemudian, si bapa menambah air ke dalam kuali. Anak perempuannya ketakutan dan bersembunyi di sebalik pintu.

Dia menangis dan memohon, “Bapa, tolong jangan makan saya. Saya akan jaga rumput dan api untuk bapa. Jika bapa makan saya, tiada siapa yang akan bekerja untuk bapa”.

China mempunyai sejarah peradaban 5,000 tahun. Untuk sebahagian besar masa itu, China menjadi negara yang dicemburui oleh negara-negara sekitarnya. Rakyatnya beradab dan menjalani kehidupan yang bergaya. Bahkan raja-raja dari negara lain memilih untuk tinggal dan bahkan mati di China. Komunisme bagaimanapun, telah membawa kebuluran, kemiskinan dan perang tanpa henti terhadap orang-orang China.

Cendiakawan juga turut menjadi mangsa Revolusi Budaya

Orang China mempunyai tradisi untuk sangat menghormati orang tua, menunjukkan rasa hormat kepada ibu bapa, datuk nenek dan guru mereka. Guru untuk sehari sudah dianggap sebagai ‘bapa’ untuk selamanya.


Namun, pada tahun 1960-an semasa Revolusi Budaya, remaja didorong oleh pegawai komunis untuk memukul ibu bapa dan guru mereka. Di Beijing sahaja, lebih daripada seribu guru dipukul hingga mati oleh pelajarnya.

Sebagai seorang pemuda, Bo Xilai — bakal datuk bandar Chongqing yang akan mengunjungi Amerika Syarikat sebagai pegawai tinggi, telah memijak dada ayahnya, sehingga patah tulang rusuk. Perbuatan seperti ini tidak pernah didengar selama 5,000 tahun sejarah China.

PKC menggunakan remaja untuk mencari rumah orang awam dan menghancurkan barang antik, karya seni dan objek tradisional yang mereka temui, serta karya seni awam, kuil dan sebagainya – apa sahaja yang dapat membuatkan orang ramai mengingati budaya tradisional China.

Budaya China selalu diinspirasikan oleh Tuhan. Tetapi ideologi komunis menentang kemanusiaan dan menentang fitrah manusia. Apa sahaja yang mewakili budaya dan prinsip tradisional merupakan halangan untuk menegakkan ideologinya.

Pemuda-pemuda China dirosakkan minda mereka dengan fahaman Komunisme


Setelah menggunakan remaja untuk menghancurkan objek tradisional dan menggulingkan lawan politik, PKC menghantar remaja yang sama ke kawasan pedalaman untuk mendapatkan ‘pendidikan’. Dengan melakukan itu, ia dapat menghalang revolusi yang berpotensi dan menuntut mereka untuk bekerja. Anak-anak muda ini menghadapi keperitan dan hilang harapan selama bertahun-tahun.

PKC juga menutup universiti dan menghantar intelektual ke luar bandar untuk melakukan kerja pertanian untuk ‘pendidikan semula’. Banyak tangan pemuzik ‘hancur’ dek kerana kerja keras. Ramai penulis, seniman, profesor, jurutera, saintis, pakar terkemuka dan elit budaya (yang secara tradisionalnya berkongsi pengetahuan, kemahiran dan semangat kebudayaan negara) turut membunuh diri.
 
Malah yang paling buruk, PKC ketika berkuasa turut menolak dan melarang agama serta menganggapnya sebagai ‘candu terhadap orang ramai’. Mereka menggunakan ateisme untuk menghancurkan kepercayaan orang terhadap Tuhan dan standard moral.

Kempen penganiayaan agama yang paling parah oleh PKC mensasarkan pengamal Falun Gong. Dari segi skala dan keparahan penganiayaan, ini tidak pernah terjadi sebelumnya, menyasarkan 100 juta pengamal disiplin kerohanian, serta keluarga dan rakan mereka.





Pengikut Falun Gong yang teruk dizalimi pemerintah China


Falun Gong secara amnya mengajar meditasi tradisional, yang merupakan sebahagian inti daripada tradisi China sejak zaman kuno, melibatkan prinsip-prinsip Sejati, Baik dan Sabar.

Untuk melakukan penganiayaan yang kini memasuki tahun ke-23, pemimpin PKC Jiang Zemin mempromosikan siapa saja yang menyokong penganiayaan ini, memaksa orang untuk menentang Sejati, Baik dan Sabar. Dalam mempromosikan orang-orang yang menentang kebaikan, Parti ini menempatkan mereka yang paling mampu melakukan kejahatan di kedudukan teratas dalam masyarakat.

Pengambilan organ secara paksa dari para pengamal Falun Gong – di mana individu yang sihat dibunuh agar organ mereka dijual untuk mendapatkan keuntungan, telah disokong dan dilakukan oleh tentera, polis, mahkamah, hospital dan sistem penjara. Akibatnya, seluruh negara telah muflis secara moral.



Sami Buddha antara golongan sasaran penindasan

Setelah PKC mula mendapat keuntungan daripada membunuh pengamal Falun Gong untuk organ mereka, ia tidak dapat menghentikan kelakuan untuk terus membunuh. Mereka telah meneruskan amalan ini di wilayah Xinjiang.

Muslim Uighur di Xinjiang turut ditindas
 
Penghancuran tradisi China, kerosakan pada standard moral dan penganiayaan terhadap penganut agama telah menjadi kejahatan terbesar Parti.

PKC telah membunuh lebih banyak orang di China daripada jumlah yang terkorban dalam gabungan dua perang dunia. Selain melakukan pembunuhan, mereka juga telah berusaha sedaya upaya untuk menghancurkan semangat, budaya dan martabat rakyat China. Menyedari sepenuhnya bahawa ia adalah musuh rakyat, Parti ini selalu berada dalam krisis eksistensial.

Inilah sebabnya pemimpin tertinggi PKC sering berucap semasa acara ulang tahun dan menarik minat serta memperlihatkan diri mereka sebagai wakil kepada masyarakat China. PKC sebenarnya telah menggunakan rakyat sebagai ‘tebusan’ kerana mereka bimbang rakyat akan bangkit dan menjatuhkan mereka.



Ikuti kami di TELEGRAM:

https://t.me/X_PLORASI

KONGSIKAN:



Ads Bottom