Sebelum terciptanya burger atau bahan asas kepada makanan tersebut, daging hancur sudah mula wujud dalam kulinari Eropah sejak abad ke-4 lagi.
Dalam buku Apicius (buku resepi masakan Rom Kuno) telah di temui satu hidangan daging cincang yang dicampur bersama biji pine (kacang pine), lada hitam dan wain.
Bagaimanapun, pada abad ke-12, orang Mongol di bawah pimpinan Gengis Khan yang hidup secara nomad juga dikatakan sebagai antara pencipta awal kepada bahan asas burger iaitu daging hancur.
Tentera-tentera berkuda ni kadangkala tidak berhenti untuk makan jadi mereka sering makan ketika menunggang. Mereka membungkus beberapa kepingan daging di bawah pelana kuda supaya ia hancur di bawah tekanan dan gerakan.
Secara tak lansung daging itu akan masak melalui haba dan geseran. Resepi daging hancur ni tersebar luas di seluruh Empayar Mongol.
Kemudiannya, apabila cucu Genghis Khan iaitu Kublai Khan menyerang Moscow – dia dan pahlawannya memperkenalkan daging cincang ini kepada penduduk tempatan dan seterusnya popular di Jerman dan mereka mula mencipta resepi sendiri dan menjualnya di jalanan.
Hamburger (juga dipanggil burger) ialah sejenis hidangan sandwich yang terdiri daripada daging burger (diperbuat daripada daging kisar) yang dimasak sama ada digoreng, dikukus, dipanggang atau disalai, serta selalunya dihidangkan dengan pelbagai inti atau topping di dalam roti burger yang dibelah dua.
Hamburger juga merujuk kepada daging burger yang dimasak itu sendiri. Perkataan hamburger berasal daripada bandar bernama Hamburg (Jerman) dan bukannya merujuk kepada daging khinzir (ham dalam bahasa Inggeris).
Orang Amerika Yang Popularkan Hamburger.
Pada abad ke-19, peneroka dan pendatang Eropah memulakan pelayaran mereka ke Amerika dari Hamburg. Pendatang Eropah ini memperkenalkan kebiasaan masakan mereka ke negara tuan rumah mereka.
New York City adalah destinasi paling biasa bagi kapal-kapal yang melancong dari Hamburg, dan pelbagai restoran di bandar itu mula menawarkan stik gaya Hamburg untuk menarik pelayar Jerman.
Asal mula hamburger tidak diketahui dengan pasti. Kebanyakan ahli sejarah percaya bahawa ia dicipta oleh tukang masak yang meletakkan stik Hamburg antara dua keping roti di sebuah bandar kecil di Texas. Charlie Nagreen (1871-1951) dari Seymour, Wisconsin juga dikatakan sebagai seorang bapa kelahiran Hamburger.
Ikuti kami di TELEGRAM:
KONGSIKAN: