Tahukah anda bahawa pada tahun 1932, pihak kerajaan Australia telah mengumumkan keadaan darurat keselamatan negara mereka.
Hal ini demikian kerana sebahagian besar negara mereka telah diserang oleh haiwan bernama Emu. Emu merupakan kedua tebesar selepas burung unta dan ianya merupakan haiwan ekonik Australia selain koala.
Namun, Emu ini tidaklah sekejam mana dan membunuh nyawa manusia sebaliknya Emu hanya memusnahkan tanaman sahaja.
Apapun, ini bahaya kerana banyak tanaman warga Australia musnah dan bekalan makanan berkurang teruk.
Akhirnya, kerajaan Australia mengerahkan tentera untuk berperang dengan Emu demi kelangsungan bekalan makanan mereka.
Anda pasti fikir tentera Australia menang kan sebab ada senjata bagai. Namun realiti adalah sebaliknya.
Tentera Australia tewas kepada Emu dan populasi Emu yang menggila semakin tidak dapat dikawal.
Akhirnya, kerajaan Australia terpaksa buat operasi perang secara besar-besaran.
Perang kedua yang berlangsung selama sebulan lebih ini barulah menampakkan hasil.
Populasi emu berjaya dikurangkan dan bekalan makanan terkawal.
Ikuti kami di TELEGRAM:
KONGSIKAN: