Terkini

20/trending/recent

X-PLORASI

Masukkan carian anda di sini !

Sepatutnya Yahudi pulang ke Selatan Russia bukannya Palestin


Dakwaan Yahudi bahawa Palestin adalah milik mereka berdasarkan fakta sejarah adalah palsu dan berlawanan dengan hak-hak Muslim Palestin. 

Bangsa Palestin dan keturunannya telah mendiami dan memakmurkan bumi ini sejak 1500 tahun dahulu, bahkan sebelum negara Yahudi wujud. 

Mereka menetap di situ apabila negara Yahudi didirikan dan terus menetap sehingga kini walaupun selepas hubungan Yahudi dengan bumi Palestin terputus.

Bangsa Yahudi telah memerintah hanya beberapa bahagian dari bumi Palestin (bukan semuanya) dan untuk selama empat kurun sahaja iaitu dari tahun 1000 hingga 586 sebelum Masihi. 

Pemerintahan mereka telah hancur sebagaimana yang telah berlaku kepada kerajaan dan Assyiria, Kerajaan Firaun, Greek dan Roman, sedangkan penduduk asal Palestin terus kekal di situ. 

Manakala pemerintahan Islam pula merupakan kerajaan yang paling lama dalam sejarah Palestin iaitu selama 1200 tahun (636-1917 M) terus menerus kecuali satu gangguan dari pemerintahan Salib yang singkat selama 90 tahun.

Hakikatnya, hubungan antara bangsa Yahudi dengan Palestin telah terputus sejak 1800 tahun dahulu, iaitu sejak 135 M hingga Kurun ke 20. Pada ketika itu, mereka tidak mempunyai apa-apa kekuatan dari segi kepimipinan, politik atau tamadun di situ. Bahkan ajaran kitab agama mereka sendiri mengharamkan kepulangan mereka ke Palestin.

Berdasarkan fakta penyelidikan dari ahli akademik Yahudi, seperti Arthur Koestler, lebih daripada 80 peratus orang Yahudi hari ini tidak mempunyai kaitan sejarah sedikit pun dengan Palestin. 

Majoriti besar orang-orang Yahudi sekarang ini sebenarnya berasal dari keturunan al Khazar (Ashkinaz), iaitu puak Tatar-Turki kuno, yang mendiami bahagian utara Kaukas yang telah memeluk agama Yahudi pada kurun ke-8 Masihi. Oleh itu, sekiranya Yahudi mempunyai hak untuk kembali maka mereka sepatutnya pulang ke Selatan Rusia dan bukannya ke Palestin. 

Malahan, dakwaan mereka bahawa Yahudi mempunyai hubungan khas dengan Palestin adalah tidak benar, kerana berdasarkan fakta sejarah, kebanyakkan Bani Israel enggan menyertai kumpulan Nabi Musa a.s. berhijrah ke tanah suci Baitul-Maqdis. 

Tambahan lagi, mereka pernah menolak tawaran raja Farsi yang bernama Cyrus untuk kembali ke bumi Palestin dari Babylon sebelum ini. Sepanjang sejarah Palestin sehingga kini, bilangan Yahudi di situ tidak pernah mencapai 40% daripada bilangan penduduk Yahudi di dunia.





KONGSIKAN:



Ads Bottom