Terkini

20/trending/recent

X-PLORASI

Masukkan carian anda di sini !

Raja Abdullah II berketurunan Rasulullah saw daripada jalur Sayyidina Hasan ra



Raja Abdullah II, adalah Raja Jordan dari Bani Hashim. Jika 'rantaian silsilah emas' itu difahami sebagai silsilah paling sahih dan mutawatir, maka beliau dan ahli keluarganya adalah silsilah tersebut. 



Beliau adalah cucu kepada Syarif Hussien bin Ali, Raja Hijaz atau penjaga bumi Makkah suatu ketika dulu. Dicatat dalam sejarah, Syarif Hussein memimpin bangsa Arab melawan Empayar Turki Uthmaniyyah dan itu membawa tercetusnya revolusi Arab. Setelah itu Raja ini dihadiahkan tanah Syam oleh British setelah tumbang Empayar Turki. Dari Syam itu terpecah kepada beberapa bahagian antaranya Jordan, Lubnan dan Iraq.

Syarif Hussien

Bukanlah sembarangan keluarga Raja Abdullah kerana ia benar-benar cucu cicit Rasulullah. Bahkan jalurnya di bawah nasab keluarga Hassan r.a. Satu keluarga yang disyaratkan dalam hadith akan keluarnya Al-Mahdi. Segala datuk-datuknya dulu selama berabad-abad memegang jawatan sebagai Syarif Makkah dan kini beliau sebagai cucu menjadi Raja di tanah Syam (Jordan).







Ikuti kami di TELEGRAM:

https://t.me/X_PLORASI

KONGSIKAN:



Ads Bottom