Terkini

20/trending/recent

X-PLORASI

Masukkan carian anda di sini !

Manaqib Kiyai Mufrad, Sungai Air Tawar (1850an-1947)


[IKLAN] CARA MUDAH BUAT DENGAN SHOPEE Nak buat duit dengan shopee tanpa ada produk sendiri? sertai SHOPEE AFFILIATE PROGRAM sekarang. Anda mampu menjana pendapatan dengan hanya kongsikan link produk sahaja. Daftar sekarang KLIK DI SINI


Tuan Guru Kiyai Haji Mufrad dikatakan berasal dari Kabupaten Karanganyar, Daerah Magelang di Jawa Tengah, Indonesia. Beliau berhijrah ke Tanah Melayu melalui jalur laut dan mendarat di Bagan Datok, Perak. Penghijrahan beliau ke Tanah Melayu adalah disebabkan desakan keselamatan dan ancaman dari penjajah Belanda lanjutan perang sabil yang dilancarkan pejuang-pejuang Jawa terhadap kolonial. Beliau dianggarkan lahir sekitar tahun 1850an.

Kiyai Mufrad merupakan pengasas penempatan di Kampung Tebuk Mufrad di samping menjadi pemimpin (imam) masyarakat apabila diangkat menjadi imam Masjid Tebuk Mufrad sejak awal penubuhannya sekitar 1910an. Nama beliau diabadikan sebagai nama kampung iaitu "Tebuk Mufrad" dan nama itu kekal sehingga ke hari ini.

Masjid Tebuk Mufrad


Kiyai Mufrad mendapat sokongan ramai dan turut memimpin dan menjadi tempat rujukan komuniti dalam membangunkan Kampung Tebuk Mufrad termasuk dalam urusan penerokaan tanah bagi tujuan penempatan dan pekebunan. Beliau terus menggerakkan komuniti setempat membina sebuah Masjid secara bergotong royong dari bahan-bahan tempatan. Masjid kayu yang sederhana binaannya dengan berlantaikan batang nibong dan beratapkan nipah berfungsi sebagai pusat ibadah dan pengajian bagi anak-anak tempatan. Masjid awal ini telah berjasa hampir 15 tahun sehinggalah masjid binaan baru didirikan pada 1932.

Kiyai Mufrad telah mendapat pendidikan agama dari sebuah Pesantren di Cilacap, Jawa Tengah, Indonesia. Beliau menyampaikan ilmu melalui pengajian rutinnya di masjid Kampung Tebuk Mufrad di samping mengajar membaca al-Quran di masjid dan rumah beliau sendiri. 

Kiyai Mufrad adalah seorang pengamal Tareqat Syatariah. Beliau sangat bersederhana dalam semua hal yang melibatkan kepimpinan dan mengurus pengikutannya. Malah beliau sangat terbuka dalam mendidik anak-anak sehingga mereka tidak 'dipaksa' belajar ilmu agama mengikut aliran tareqat tetapi dihantar belajar ke sekolah Melayu iaitu Sekolah Rendah Agama, Sungai Air Tawar. Beliau sangat memahami keperluan masa depan anak-anak mereka di negara bawah jajahan British, yang pastinya sedikit berbeza dengan pengalamannya semasa berada di bawah Rejim Belanda di Jawa.
Sewaktu di Tebuk Mufrad, sesekali Kiyai Mufrad mengikuti program "Tuwajuh" di kediaman Kiyai Maasom (1930an) yang terletak di sebelah Kidul Masjid Sungai Tengar. 

Kiyai Mufrat telahpun berkahwin di Jawa dan mempunyai dua orang anak bernama Salamon dan Supiah. Menurut cucu kepada Supiah, saudara Hairi, Salamon telah kembali ke Tanah Jawa setelah Kiyai Mufrad mengahwini Robeah binti Ramli. Supiah telah meninggal dunia di Parit Cabang dan dikebumikan di tanah perkuburan berhampiran Masjid Makmuriah.

Keluarga dan sanak saudara Kiyai Mufrad, pengasas Jampung Tebuk Mufrad Sabak Bernam. Wanita berdiri belakang sekali adalah Mbah Sufiah, anak perempuan Kiyai Mufrad dan di sebelah kiri beliau (berserban) adalah suami beliau, Haji Mukiran

Hasil perkahwinan kali kedua Kiyai Mufrad  dengan Robeah binti Ramli, janda anak satu (bernama Salimin bin Ramli)  Perak telah dikurniakan Allah dengan sembilan orang cahaya mata.

Kiyai Mufrad telah meninggalkan Kampung Tebuk Mufrad buat kali pertama pada tahun 1942 ke Parit 2, Sungai Haji Dorani untuk meneroka kawasan baru bagi mengusahakan tanaman padi. Sepeninggalan beliau, Saparon, Salikon, Salim dan anak-anak lainnya menguruskan rumah dan kebun kelapa. 

Pada awal tahun 1943 beliau kembali semula ke kediaman asalnya di Kampung Tebuk Mufrad dan melaksanakan tugas rutin lamanya sebagai Imam di samping mengajar mengaji al-Quran di rumah beliau. Namun suasana tidak memihak kepadanya  dan beliau terpaksa membuat keputusan untuk meninggalkan semula kampung pada tahun 1943. Kali ini beliau memilih untuk tinggal di Batu 7, Jalan Parit 1 Timur dan anak ke-3 beliau, iaitu Salim telah tinggal bersama Kiyai Mufrad yang ketika itu sudah pun menjangkau usia 90 tahun. Beliau telah mendirikan sebuah rumah berhampiran dengan Surau Parit 1 Timur yang dipimpin ketika itu oleh biras beliau iaitu Imam Yunus. Imam Yunus yang sememangnya menjadi rakan Kiyai Mufrad sejak di Jawa adalah suami kepada Hadijah, iaitu kakak kepada Rabeah, isteri Kiyai Mufrad.

Pada 1947, beliau menunaikan fardu Haji menggunakan kapal laut dari Pelabuhan Pulau Pinang dan dalam perjalanan pulang dari Mekah setelah selesai menjalani ibadah Haji, beliau meninggal dunia dan jasadnya dikebumikan dalam Laut Aden mengikut kaedah dalam pelayaran.

Sumber - Buku Sejarah Kampung Tebuk Mufrad, Cicit Kiyai Mufrad, Tengku Yusuff, Jejak Ulama Nusantara.

Ikuti kami di TELEGRAM :
KONGSIKAN:


Ads Bottom