Terkini

20/trending/recent

X-PLORASI

Masukkan carian anda di sini !

Kunga: Pancake Nyamuk di Afrika





Orang Malaysia pastinya tak selesa kalau banyak nyamuk menyelubungi hidup. Mesti gatal-gatal badan.

Di benua Afrika iaitu di Tasik Malawi yang meliputi tiga negara iaitu Tanzania, Malawi dan Mozambique merupakan tempat habitat nyamuk paling banyak dalam dunia.

Berjuta-juta nyamuk direkodkan hidup di tasik ini. Kadang-kadang udara di tasik ini jadi hitam akibat terlampau banyak nyamuk berterbangan di situ.

Kalau di Malaysia, mesti orang kita dah tak selesa kan?

Lain pula ceritanya bagi orang Afrika. Mereka malah suka dengan populasi nyamuk yang banyak.

Hal ini demikian kerana mereka akan menangkap nyamuk tersebut dan akan masak nyamuk itu buat pancake.




Pancake ini mereka panggil sebagai Kunga. Kunga dibuat menggunakan nyamuk dicampur dengan tepung.

Pancake Nyamuk ini dikatakan kaya dengan protein dan rasanya juga sangat sedap. Menurut orang Afrika, rasa kunga sama seperti isi ayam.

Perghh. Ada tak sesiapa nak makan pancake nyamuk?



Ikuti kami di TELEGRAM:

https://t.me/X_PLORASI

KONGSIKAN:



Ads Bottom