Terkini

20/trending/recent

X-PLORASI

Masukkan carian anda di sini !


Demi maruah uniform Rejimen Askar Melayu


IKLAN


Pada 28 Februari 1942, seramai lapan orang pegawai Askar Melayu ditembak mati oleh tentera Jepun berhampiran Bedok Singapura bersama tahanan Perang lain. Selepas kejatuhan Singapura, Askar Melayu yang ditawan Dan ditahan di Farrer Park termasuk pegawai-pagawai Askar Melayu ini diarahkan supaya melucutkan pakaian seragam dan menyertai pasukan Jepun atau pulang ke kampung. 

Meskipun dipujuk oleh tentera Jepun selama 10 hari termasuk dipujuk oleh Mustapha Hussain , lapan orang pegawai Askar Melayu ini bukan sahaja enggan menanggalkan pakaian seragam tentera tetapi juga pangkat dan lencana yang dipakai. Mereka diarahkan berdiri di tepi parit pertahanan dan ditembak. Mayat mereka di tolak ke dalam parit tersebut dan dibiarkan. Mereka ialah Leftenan Ariffin, Leftenan Ibrahim Sidek, Leftenan Wahid, Leftenan Abdullah, Kapten Raja Aman Shah (FMSVF), Leftenan Abbas (SSVF), Leftenan Abu Bakar (SSVF) dan Leftenan Osman Kering (SSVF). 

Antara pegawai Tentera Melayu yang dijatuhi hukuman mati oleh tentera Jepun







KONGSIKAN:




Ads Bottom