Pada tahun 1959, Mao Zedong telah meletak jawatan sebagai pemimpin China dan menyerahkan kuasanya kepada Liu Shaoqi.
Walaupun begitu, beliau masih memegang kuasa sebagai pemimpin Parti Komunis China. Liu dan Deng Xiaoping telah melaksanakan revolusi dalam ekonomi China dan dalam beberapa tahun sahaja diperkirakan seramai 600 juta penduduk China telah berjaya keluar daripada lohong-lohong kemiskinan.
Akhirnya nama mereka berdua telah meningkat naik sehingga menyebabkan Mao yang masih berkuasa dalam parti merasa tergugat.
Disebabkan tindakan ekonomi Liu dan Deng yang agak pro kepada kapitalis maka Mao telah mengatakan mereka berdua sebagai borjuis bertopengkan sosialis atau dalam bahasa mudah kita sebut ialah komunis murtad.
Jadi untuk menaikkan semula pengaruhnya, Mao telah melancarkan Revolusi Kebudayaan pada tahun 1966-1976. Revolusi ini sangat penting untuk menaikkan semula imejnya di mata rakyat China.
Mao telah mempengaruhi pengikutnya yang terdiri daripada pemuda untuk bangkit menegakkan kembali semangat revolusi yang menurut beliau sudah kusam kerana semakin ramai pemimpin komunis yang sudah lupa mengenai perjuangan mereka dalam parti komunis.
Revolusi Kebudayaan ini bertujuan mengembalikan fahaman komunis yang sebenar dan menyapu bersih fahaman-fahaman yang dianggap kapitalis dan juga tradisional.
Revolusi ini juga telah menandakan bahawa Mao telah kembali ke posisi kuasa.
Ikuti kami di TELEGRAM:
KONGSIKAN: