Terkini

20/trending/recent

X-PLORASI

Masukkan carian anda di sini !

Haji Ahmad bin Omar : tokoh dan usahawan Melayu Singapura




Haji Ahmad bin Omar merupakan anak kepada peneroka Kampong Pachuran di Marang Road iaitu Haji Omar bin Abdul Jalil dari Daik (Pulau Lingga). 

Beliau adalah salah seorang tokoh masyarakat Melayu dan usahawan terkemuka di Singapura. Beliau lebih dikenali ramai dengan nama Haji Ahmad Marang kerana dilahirkan di Marang (Terengganu). 

Beliau ada membina sebuah gedung mewah di Kampong Panchuran beralamat 86 Telok Blangah Road. 

Pada tahun 1912, sebahagian dari tanah Kampong Panchuran itu telah dijual kepada usahawan Cina iaitu Wong Ah Fook. 

Apabila bapanya meninggal dunia pada tahun 1866, Haji Ahmad telah dilantik sebagai ketua Kampong Pachuran. 

Apabila Haji Ahmad meninggal dunia pada 11 Februari 1920 dan disemadikan berhampiran bapanya di Kampong Panchuran, nama Kampong Pachuran telah digantikan kepada Kampong Marang - bersempena nama Haji Ahmad Marang.


Salah seorang anak Haji Ahmad yang terkenal ialah Haji Abdul Hamid - pewakaf Masjid Tasek Utara dan Masjid Abdul Hamid Kampung Pasiran.

Ikuti kami di TELEGRAM :
KONGSIKAN:




Ads Bottom