Terkini

20/trending/recent

X-PLORASI

Masukkan carian anda di sini !

Batu gergasi di Mount kyaiktiyo Myanmar




Di sebuah pagoda bernama Kyaiktiyo di negara Myanmar, wujud sebuah batu gergasi yang kini sudah diwarnakan dengan warna emas. Tidak ada apa-apa yang istimewa tentang batu ini dari jauh tetapi seandainya anda melihat dengan lebih dekat, tidak logik batu besar itu terus kekal berada di situ tanpa tersembam ke tanah. Ini kerana permukaan batu itu yang bersentuhan dengan tanah, berada dalam keadaan sangat minima mengakibatkan batu itu seakan-akan tergantung di situ, hendak jatuh tidak, hendak naik pun tidak.

Kedudukan batu itu sangat unik kerana paksi gravitinya sangat seimbang dengan permukaan tanah yang bersentuhan dengannya, membolehkan batu itu terus kekal sudah lebih 2,500 tahun lamanya. Kepercayaan masyarakat di situ percaya batu hanya akan runtuh, disebabkan oleh tangan wanita. Atas sebab itulah pengurusan pagoda tidak membenarkan mana-mana wanita menyentuh batu itu bagi memastikan kedudukannya terus terpelihara. 








Ikuti kami di TELEGRAM:

https://t.me/X_PLORASI

KONGSIKAN:



Ads Bottom