Terkini

20/trending/recent

X-PLORASI

Masukkan carian anda di sini !

Kisah Popeye yang sebenar



Tak ramai yang tahu tapi Popeye ni memang berdasarkan orang yang betul wujud. Lelaki dalam gambar ni ialah Frank ‘Rocky’ Fiegel yang berasal dari Poland-Amerika yang menjadi tentera laut pada tahun 1887.

Selepas Frank bersara, dia direkrut oleh pekerja Wiebusch tavern (macam kedai pub), Illinois sebagai ‘orang kuat’. Kira macam jadi bouncer. Benda ni sebab orang selalu kenal dia sebagai jenis kuat gaduh dengan orang, dan sebab benda ni lah sebelah mata dia macam jadi cacat sikit. Daripada mata cacat ni lah datangnya nama ‘Pop Eye’ (mata terkeluar). Dia juga selalu djumpai dengan rokok paip yang dia letak di tepi mulutnya, dan sebelah lagi mulut dia dia guna untuk bercakap.



Bila dia jumpa budak budak, dia suka bercerita pasal benda benda dia buat zaman dia muda dulu, terutamanya pasal kekuatan dia. Dia selalu cakap benda yang buat dia jadi kuat ialah sebab dia suka makan sayur bayam.



Dalam kalangan kanak kanak tersebut, ada sorang budak ni bernama Ezlie Crisler Segar yang bila dia dah besar, dia cipta watak kartun Popeye, sempena lelaki ni.



Ikuti kami di TELEGRAM:

https://t.me/X_PLORASI

KONGSIKAN:



Ads Bottom