Terkini

20/trending/recent

X-PLORASI

Masukkan carian anda di sini !


Tuan Guru Ustaz Syukri Titi Haji Idris pernah menuntut ilmu di Sungai Besar



Tuan Guru Ustaz Syukri Titi Haji Idris 


Nama penuh beliau ialah Tuan Guru Ustaz Syukri Bin Abdul Majid. Beliau dilahirkan pada tanggal 18 Februari 1968 di Bukit Besar, Kedah di dalam sebuah keluarga yang sangat mementingkan pelajaran agama bagi anak-anak. Rumah mereka terletak berdekatan dengan rumah Syeikh Mahmud Janggut Merah.

Ayahnya, Abdul Majid Bin Abdullah berasal dari Bukit Besar dan merupakan pelajar lepasan Pondok Bukit Besar manakala ibunya pula, Fatimah Binti Awang berasal dari Sungai Daun, Yan.



Anak ketiga dari tujuh orang adik beradik ini mendapat  pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Bukit Besar sehingga tamat darjah rendah. Kemudian beliau menyambung pelajarannya ke Sekolah Menegah Agama an-Nadzhah, Bukit Besar. Setelah tamat pengajian di sekolah, Tuan Guru Ustaz Syukri melanjutkan pendidikannya di dalam sistem pengajian pondok di Pondok Alor Janggus, Kubang Siam, Alor Setar berguru dengan Tuan Guru Haji Zakaria Bin Haji Mat Saman sekitar tahun 1980an. 


Setelah itu, beliau pergi pula menyambung pelajarannya ke Pondok Sungai Jagung, Pendang berguru dengan Tuan Guru Haji Abdul Halim Bin Abdul Majid. Di sini beliau dididik dengan pelbagai cabang ilmu termasuk ilmu alat. Seterusnya, beliau pergi belajar di Pondok Kampung Telok, Bukit Pinang berguru dengan Tuan Guru Haji Yahya Telok.

Selepas itu, Tuan Guru Ustaz Syukri berhijrah pula ke Kota Bharu lalu mendaftarkan diri sebagai pelajar di Pondok Pasir Tumboh. Di antara sahabat seperguruannya ketika itu ialah Tuan Guru Baba Nasir Pengkalan Kaka, Jitra.

Balik dari Pondok Pasir Tumboh, beliau kembali semula belajar di Pondok Sungai Jagung sehingga tahun 1991. Pengajiannya yang terakhir ialah ke Pondok Kiyai Mufrad di Sungai Haji Dorani, Sungai Besar, Selangor.

Senarai guru-gurunya ialah :

1. Tuan Guru Haji Othman Bin Haji Yunus, Bukit Besar - belajar sekejap sahaja
2. Tuan Guru Haji Abdul Hamid Bin Haji Ibrahim, Bukit Besar
3. Ustaz Marzuki, Bukit Besar - menantu Tuan Guru Haji Othman
4. Ustaz Samad Bin Haji Abdul Hamid, Bukit Besar
5. Tuan Guru Haji Zakaria Bin Haji Mat Saman, Alor Janggus
6. Tuan Guru Haji Abdul Halim Bin Abdul Majid, Sungai Jagung
7. Tuan Guru Haji Yahya Bin Saman, Kampung Telok
8. Tuan Guru Haji Hashim Bin Abu Bakar, Pasir Tumboh
9. Tuan Guru Haji Atikullah Bin Haji Yaakob, Pasir Tumboh
10. Ustaz Awang, Pasir Tumboh
11. Tuan Guru Haji Mat Rejab Bin Mat Akhir (berguru sewaktu di Pondok Pasir Tumboh)
12. Tuan Guru Ustaz Halim, Pasir Tumboh
13. Tuan Guru Haji Sofi, Langkawi (khatam Kitab Bakurah Amani dengannya sewaktu di Pondok Pasir Tumboh)
14. Tuan Guru Kiyai Mufrad Bin Kasan, Sungai Haji Dorani, Sungai Besar Sabak Bernam.

Tuan Guru Kiyai Mufrad Bin Kasan ulama menggencar dakwah di Sungai Besar, Sabak Bernam

 
Setelah pulang ke negeri kelahiran, beliau telah membuka sebuah pondok pengajian di Batu 9 ¾, Kampung Juara Tua, Jalan Dato Kumbar, Mukim Tajar, Langgar, Alor Setar pada tahun 2014 dengan nama rasmi Madrasah an-Nur. Kini, beberapa buah pondok kecil telah didirikan berhadapan surau pengajiannya untuk pelajar-pelajar menetap. 








Masa pengajarannya diberikan sepenuhnya di pondok beliau. Di samping mengajar pelajar pondok pada sebelah pagi dan petang, beliau juga mengadakan kuliah umum pada setiap hari, selepas solat Maghrib dan Isyak yang dihadiri masyarakat setempat dan juga kawasan sekitarnya. Di antara kitab- kitab yang diajarnya ialah :

1. Hikam Jawi
2. Hidayatul Salikin
3. Pembantu Sekalian Orang Islam
4. Irsyadul Ibad
5. Hidayatul Mutaffakirin
6. Hadis 40
7. Sabilal Muhtadin
8. Jam'ul Fawaid
9. Mutammimah
10. Hasyiah Asmawi
11. Kifayatul Awwam
12. Bughyatul Tullab
13. Durrun Nafis
14. Tsamarul Jannah
15. Idohul Bab
16. Bahrul Wafi
17. Tafsir Nurul Ehsan
18. Sairus Salikin
19. Minhajul Abidin 
20. Aqidatun Najin
21. Muhimmah
22. Anak Kunci Syurga
23. Fathul Mubin
24. Hidayatus Sibyan
25. Kawakib Durriyah
26. Hasyiah Dusuki
27. Hasyiah Azhari
28. Al-Yawaqit wal Jawahir

Rujukan : Tengku Yusuff, Tok Kerambeat



KONGSIKAN:




Ads Bottom