Terkini

20/trending/recent

X-PLORASI

Masukkan carian anda di sini !

Tragedi 4 September Sungai Bernam yang dilupakan




Satu tragedi yang dilupakan pernah terjadi di Sungai Bernam pada 4 September 1961, seramai 23 orang mati lemas setelah tongkang dinaiki mereka berlanggar dengan sebuah kapal. Setahun kemudian, tahun 1962 satu lawatan pemeriksaan diadakan oleh pihak polis dengan pihak coroner.

Berita Harian 31 Mac 1962

SA-BUAH kapal "launch" yang membawa 23 orang penumpang dan yang belayar di-sa-belah tebing sungai yang salah telah berlanggar dengan sa-buah tongkang di-Sungai Bernam pada malam 4 September tahun yang lalu, terus tenggelam bersama2 21 orang penumpang-nya, de- mikian menurut pemerek-saan kemalangan itu di sini semalam.

Pemereksaan itu jalankan oleh Insp. M. S Maniam dari Kuala Sela- ngor di-hadapan Coroner. Wan Ismail bin Wan Mohamed Salleh.

Sa-telah keterangan di-ambil daripada lapan orang saksi pemereksaan di- tanggohkan hingga 26 April. 

Inspekter Hashim bil Mohamed Dom, Inspekter daerah Sabak Bernam me- nerangkan bahawa sa-telah menerima laporan kemalangan itu pada pukol 10.55 malam 4 September. beliau pergi ka-tempat itu kira2 3 1/2 batu daripada sini. Beliau di-temankan oleh Pegawai Daerah, Sabak Bernam Inche Wan Mah-mood bin Pawan Teh dan satu rombongan polis.

Mereka menyiasat tempat itu hingga pukol 4.25 pagi tetapi tidak menjumpai satu benda pun.

Kira2 2 3/4 jam kemudian dua mayat orang perem-puan telah di-jumpai kira2 sa-batu jauh ka-ulu dan telah di-bawa ka-Sabak Bernam untok di-kenali.

Sa-kembali-nya ka-tem- put itu lagi pada pukol 3.45 petang untok mengelola-kan usaha2 menchari mayat2 itu, Insp. Hashim berkata sa-buah kapal tangki minyak kepunyaan Sharikat Minyak Kelapa Sawit Bernam telah di- gunakan untok menimbul-kan kapal itu.

Pada 6 September, 16 mayat lagi telah di-jumpai daripada Sungai Bernam antara Sabak Bernam dan tempat perlanggaran itu, menjadikan jumlah semua- nya 21.

Insp. Hashim menambah 17 orang penumpang telah selamat dari kemalangan kapal itu yang membawa sa-jumlah 38 orang. Kata-nya, dia juga menjumpai lima pasang kasut Jepun. Capt. C. H. Jolly, Shah- bandar, Perak berkata kapal penumpang itu telah belayar ka-hilir di-tebing yang salah dari sungai itu. Kapal dagang itu pula belayar pada tebing yang betul.

Kedua2 kapal itu telah bertembong.

Tan Teik Hing, 49, yang bekerja di-kapal itu, ber-kata dia telah di-minta memandu kapal itu pada 3 September oleh juru mudi, Hashim bin Othman, yang sakit pada hari itu.

Dia tidak mempunyai ke-layakan menjadi juru mudi walau pun dia mempunyai pengalaman 17 tahun bekerja di-laut.

Dia memandu kapal itu daripada Hutan Melintang ka-Bagan Trap membawa muatan 23 tan batu dan 13 orang penumpang termasok tiga orang anak kapal.









Ikuti kami di TELEGRAM:

https://t.me/X_PLORASI

KONGSIKAN:



Ads Bottom