Terkini

20/trending/recent

X-PLORASI

Masukkan carian anda di sini !

 #FREE_PALESTINE

Sejarah Sekolah Menengah Kebangsaan Munshi Abdullah


SMK Munshi Abdullah Pendidikan menengah di kawasan Sabak Bernam Barat bermula pada pertengahan tahun 1960an sebelum tertubuhnya Sekolah Menengah Kebangsaan Munshi Abdullah (sebelum ini dikenali sebagai Sekolah Munshi Abdullah). 

Tarikh itu menunjukkan bahawa pendidikan menengah di kawasan Sabak Bernam Barat agak lewat berbanding dengan tempat-tempat lain. Ini mungkin disebabkan oleh faktor ekonomi dan sosial yang menghalang penduduk kawasan ini untuk menerima corak atau sistem ala barat ini. Kebanyakan kanak-kanak dan remaja kawasan ini pada masa itu hanya diberi pendidikan-pendidikan agama di rumah, masjid, surau atau di rumah guru-guru agama yang tertentu. Bagi ibu bapa yang mampu mereka akan menghantar anak-anak remaja mereka ke sekolah-sekolah pondok yang kebanyakannya terletak di luar negeri Selangor. Terdapat segelintir masyarakat yang menghantar anak-anak mereka untuk menuntut di sekolah menengah yang dianggap sekular yang terletak di pekan Sabak Bernam. 

Pendidikan menengah kawasan ini bermula dengan terbukanya darjah-darjah menengah yang menumpang di sekolah-sekolah kebangsaan Parit Baru, Sekolah Kebangsaan teluk Rhu, Sekolah Kebangsaan BNO dan Sekolah Kebangsaan Sungai Air Tawar. 

Penubuhan darjah-darjah menengah ini bermula tahun 1965. Jika dibandingkan keempat-empat kelas ini darjah menengah pertama di kawasan ini dicadangkan lokasinya di Parit Baru dengan tapaknya di sekolah Menengah Agama Parit Baru sekarang. Atas sebab-sebab tertentu cadangan awal itu tidak dilaksanakan dan sekolah berkenaan dibina di tapak yang ada sekarang iaitu di kampong Perenggan, Sungai Air Tawar. Sekolah ini mula dibina pada tahun 1967 dengan 2 blok yang menempatkan pejabat dan blok yang menempatkan bilik ERT sekarang serta sebuah kantin. Bangunan ini mula digunakan pada 8 Januari 1968 dengan menempatkan murid tingkatan 1 hingga tingkatan 3. 

Bangunan awal tersebut dirasmikan oleh Dato’ Abdul Razak bin Hussin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia ketika itu pada 29 Mac 1969. Dengan perasmian oleh Timbalan Perdana Menteri itu maka termaktublah nama sekolah ini sebagai Sekolah Munshi Abdullah(SMA).Pada tahun 1975, 2 blok bangunan baru dibina, yang sekarang menempatkan perpustakaan dan bengkel Seni perusahaan(Kemahiran Hidup). 
Pada tahun 1980 sebuah lagi bangunan yang mempunyai 2 buah makmal untuk memudahkan aliran sains tingkatan empat dan lima. Bangunan ini telah dirasmikan oleh Dato’ Musa bin Hitam. Meneri Pendidikan Malaysia waktu itu pada 14 Jun 1981. 

Bangunan yang paling akhir dibina ialah blok yang menempatkan bilik guru sekarang, selari dengan blok perpustakaan. Ia dibina pada tahun 1988. 

Bangunan-bangunan lain bagi memenuhi keperluan pendidikan di sekolah turut dibina seperti tempat meletak basikal di hadapan dan belakang blok pentadbiran. Musollah (surau) juga didirikan bagi memudahkan guru- guru , kakitangan dan murid sekolah ini menunaikan solat serta bagi tujuan pengajaran Pendidikan Islam. Bangunan ini dibina pada tahun 1983 hasil derma orang ramai. Sekolah ini juga mempunyai sebuah asrama desa yang menempatkan menempatkan 50 orang pelajar perempuan. 

Pengambilan pertama pelajar untuk menduduki asrama dibuat pada tahun 1991. Paling akhir sekolah ini dihadiahkan sebuah studio Pendidikan Seni oleh Dato’ ramli bin hj Norani (ADUN Kawasan Sungai Besar). Perasmian bangunan ini dilakukan oleh beliau sendiri pada 16 Ogos 1996. Mulai tahun 1997 sekolah ini tidak lagi dikenali sebgai Sekolah Menengah Munshi Abdullah, tetapi Sekolah menengah Kebangsaan munshi Abdullah mengikut pekeliling yang diluluskan oleh kementerian Pendidikan Malaysia. Pada tahun 1998, 3 bangunan dalam pembinaan iaitu bilik kebal, bangunan kelas 4 tingkat dan bangunan kemahiran hidup.





KONGSIKAN:



  • Tuan Guru Haji Ahmad Wan Besar, alim ilmu Qiraat Tujuh

    Tuan Guru Haji Ahmad Bin Haji Wan Besar @ Awang Besar Bin Haji Muhammad Adnan adalah seorang ulama tempatan yang alim di dalam ilmu qiraat tujuh. Beliau dilahirkan sekitar tahun 1893 di Patani lalu kemudiannya berhijrah ke Gerik, Perak dan akhirnya menetap di Kupang, Baling. Beliau mempunyai beberapa orang adik beradik, antara yang diketahui i... Baca Selanjutnya

  • Sutan Puasa : Orang pertama membuka Kuala Lumpur

      Sejarah suku Mandailing di Tanah Melayu dan juga orang pertama yg buka Tanah Kuala Lumpur bukannya Yap Ah Loy seperti yang dituliskan dalam sejarah Malaysia.Selepas perang Paderi ramai suku mandailing yang berhijrah ke Tanah Melayu dan melalui berbagai rintangan seperti konflik dengan suku Bugis disebabkankan kemajuan orang Mandailing mengua... Baca Selanjutnya

  • Ahli falsafah Barat berbicara mengenai Islam

    1. Leo Tolstoy (1828-1910)"Islam akan memerintah dunia suatu hari nanti, kerana ia menggabungkan ilmu dan hikmah". 2. Herbert Wells (1846-1946)"Berapa banyak generasi yang akan menanggung kekejaman dan memusnahkan nyawa sehingga Islam kembali berkuatkuasa? Suatu hari nanti seluruh dunia akan tertarik kepadanya, kemudian akan ada keamanan, dan ... Baca Selanjutnya

  • Puyi : Kisah tragik Maharaja terakhir China

    Puyi atau Maharaja Xuantong telah diangkat sebagai maharaja semasa berusia dua tahun selepas kemangkatan Maharaja Guang Xu. Baginda telah dipaksa untuk turun takhta dan menyerahkan kerajaannya kepada pihak republik. Seterusnya, baginda juga telah dipergunakan oleh Jepun untuk menjadi maharaja boneka di Manchukuo. Dalam aspek keluarga juga, bag... Baca Selanjutnya

  • Sepuluh (10) sebab SRITI menjadi pilihan ibu bapa

    Kenapa ramai hari ini ibubapa memilih Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam (SRITI) sebagai pilihan sekolah untuk anak-anak mereka bermula tahun satu sehingga tahun enam?1. Pendidikan sepanjang hariRata-rata SRITI bermula jam 7.30 pagi dan tamat sekitar 4.30 petang. Oleh sebab ramai ibu bapa yang bekerja, masa tersebut sesuai untuk mereka hantar dan... Baca Selanjutnya

FOLLOW KAMI SEKARANG DI TIK TOK

SUBSCRIBE : X-PLORASI TELEGRAM

Ads Bottom