Terkini

20/trending/recent

X-PLORASI

Masukkan carian anda di sini !

 #FREE_PALESTINE

Sejarah Bagan Nira Sabak Bernam

Surau Wataniah, Kampung Bagan Nira Sabak Bernam

Menurut cerita yang diperolehi dari orang-orang tua, Bagan Nira ini nama asalnya bukan Bagan Nira. Sebutan Bagan Nira ini diberikan oleh orang-orang Perak yang datang ke kawasan ini dan melakukan kerja-kerja menyadap nira pokok nipah. Pada asalnya, terdapat sebuah kampung di sebelah Bagan Nira yang bernama Bagan Tunjang. Oleh kerana kedua-dua kampung ini berdekatan maka Kampung Bagan Tunjang telah disatukan dengan Bagan Nira kerana di situ banyak pokok nipah dan gulanya dibuat nira. Nama ini diperolehi berdasarkan kerja-kerja menyadap gula nira yang sering dilakukan oleh orang-orang yang berasal dari Perak di kawasan ini.

Perkataan Bagan Nira ini dikatakan berpunca dari menyadap gula 'Nira' dan 'Bagan' itu diambil dari Bagan Tunjang.

Kampung Bagan Tunjang pula memperolehi nama kerana semasa tinggal di Bagan Tunjang, orang-orang Perak yang mencari rezeki di kawasan ini dengan cara menyadap nira nipah telah tinggal di atas tunjang-tunjang kayu dan tidak dapat membuat rumah di daratan kerana takut ada bahaya dan binatang liar. Jadi mereka pun membina petempatan di kawasan tepi sungai iaitu di atas tunjang tunjang kayu yang besar.

Berdasarkan cerita orang-orang dahulu, bermakna Kampung Bagan Nira dan Kampung Bagan Tunjang telah disatukan kerana terletak berdekatan antara satu sama lain. Sementara itu, peneroka awal kawasan ini adalah orang-orang dari sebelah Perak yang membukanya. Kedatangan mereka tidaklah ramai iaitu sekitar lima (5) atau enam (6) keluarga sahaja. Dikatakan bahawa mereka datang mencari rezeki di sini dengan menjalankan kerja-kerja menyadap nira nipah untuk dijadikan gula.

Sementara itu, Kampung Gertak Tinggi pula berada di bawah pentadbiran Kampung Bagan Nira. Nama Kampung Gertak Tinggi ini sebenarnya bermaksud jambatan (gertak) yang tinggi. Pada masa lalu, terdapat sebuah jambatan yang paling tinggi di Daerah Sabak Bernam. Dikatakan bahawa jambatan itu tingginya 15 hingga 20 kaki. Disebabkan ketinggian jambatan ini, maka orang-orang yang menaiki basikal tidak berani naik melainkan turun dari basikal dan menyorong basikal mereka apabila melalui tersebut. Pada masa lalu, sebelum gertak tinggi ini dibina maka orang dari Sabak Bernam yang hendak ke seberang iaitu ke Perak terpaksa menaiki bot atau feri.
Di Kampung Bagan Nira terdapat sebuah cerita mengenai asal usul Sabak Bernam. Mengikut cerita ada sebatang pokok besar yang tumbang dari seberang sini sungai hingga ke seberang. Pokok yang tumbang itu telah menyulitkan orang-orang kampung untuk menyeberangi sungai dan menyukarkan nelayan melalui sungai itu. Jadi ramailah orang yang hebat-hebat cuba menebang pokok itu. Namun tidak seorang pun yang berjaya menebangnya dan mengelakkan pokok tersebut daripada menghalang sungai itu. Keadaan ini berlanjutan, sehinggalah datang enam (6) orang adik-beradik atau sahabat yang berjaya membuang pokok itu dari menghalang sungai berkenaan. Mereka inilah yang dinamakan 'Sahabat Berenam' tetapi bila selalu disebut dan mahu cepat menyebutnya maka akhirnya jadilah 'Sabak Bernam'.

Sebenarnya, di sepanjang pinggiran sungai di Mukim Sabak ini banyak kisah-kisah sejarah yang boleh diperolehi dan terdapat tinggalan-tinggalan sejarah silam seperti kawasan perkuburan lama. Terdapat sebuah kubur yang tidak diketahui siapa pemilik dan sejarahnya tetapi kubur ini dianggap keramat oleh penduduk di kawasan Bagan Nira. Sehingga hari ini kubur tersebut masih wujud dan dijaga dengan baik oleh ahli keluarganya.

Di Bagan Nira juga terdapat sebuah kampung yang dinamakan Kampung Kemboja. Tidaklah diketahui dari mana datangnya nama Kemboja itu. Sungguhpun begitu, ada kemungkinan kubur yang dikatakan keramat itu ada kaitannya dengan keramat Kemboja Salan kisah Sahabat Berenam.

Sumber : Koleksi Cerita Rakyat, Asal usul Tempat.





KONGSIKAN:



  • Leopold II : Raja Eropah penyembelih bangsa Afrika di Congo

    Leopold II (9 April 1835-17 Disember 1909) merupakan Raja Belgium yang secara umumnya diingati sebagai pengasas dan pemeras Negara Bebas Congo (Congo Free State) yang kejam.Pada 1885, Leopold II telah menubuhkan Negara Bebas Congo sebagai tanah persendirian khusus kepada baginda tan pa sebarang kaitan dengan kerajaan Belgium.Baginda pada awalnya me... Baca Selanjutnya

  • Manaqib Tuan Haji Said dan sejarah Kampung Pasir Panjang

    Mukim Pasir Panjang mengandungi kampung- kampung utama seperti Kampung Tali Air 7 Parit 7. Kampung Parit 9 Baroh, Kampung Parit 7 Baroh, Kampung Tali Air 8 Sungai Leman, Kampung Parit 8 Sungai Leman, Kampung Sungai Leman dan Kampung Batu 23, Sungai Nibong.Nama Pasir Panjang mengikut ceritanya diberikan kerana keindahan pantai di kawasan ini pada ma... Baca Selanjutnya

  • Kisah Popeye yang sebenar

    Tak ramai yang tahu tapi Popeye ni memang berdasarkan orang yang betul wujud. Lelaki dalam gambar ni ialah Frank ‘Rocky’ Fiegel yang berasal dari Poland-Amerika yang menjadi tentera laut pada tahun 1887.Selepas Frank bersara, dia direkrut oleh pekerja Wiebusch tavern (macam kedai pub), Illinois sebagai ‘orang kuat’. Kira macam jadi bouncer. Benda n... Baca Selanjutnya

  • Lima (5) ulama Melayu yang pernah menjadi imam di Masjidil Haram

    Semasa pemerintahan Uthmaniyyah semua umat Islam tanpa mengira kaum berhak menjadi Imam Masjidil Haram jika dia seorang yang berkelayakan.Tidak berkecuali terdapat juga orang Melayu ada yang berjaya menjawat jawatan imam masjid terangung tersebut.Selain menjadi imam ramai juga ulama-ulama Melayu yang menjadi tenaga pengajar mazhab Syafie di Masjidi... Baca Selanjutnya

  • Pakaian besi Sultan Mustafa III

    Pakaian besi Sultan Mustafa III dari abad ke-17 (1717 -17744) di istana Topkapi di Istanbul, Turkiye. Baca Selanjutnya

FOLLOW KAMI SEKARANG DI TIK TOK

SUBSCRIBE : X-PLORASI TELEGRAM

Ads Bottom