Bila demam panas, badan jadi bisa-bisa dan lemah. (selepas satu minggu kemudian). Bagi mengatasi masalah ini, minumlah air kunyit yang dicampur dengan lempoyang.
Caranya ambil kunyit kira-kira enam atau tujuh buku dan lempoyang kira-kira tiga buku. Bersihkan kunyit dan lempoyang itu dan ditumbuk atau diparut, ambil airnya. Campuran air kunyit dan lempoyang (sesudah ditapis) boleh diminum.
Selepas itu, anda mestilah menelan kuning telur. Dalam tempoh satu minggu amalkan meminumnya, nescaya darah anda akan bertambah. Muka yang pucat kembali merah dan berser-seri. Cubalah petua mudah ini.
Sumber : Buku Panduan Petua Untuk Keluarga
Ikuti kami di TELEGRAM:
KONGSIKAN: